Negarawan

Negarawan

Tuesday 11 November 2014

CIA MENYUSUP MASUK KE MALAYSIA !

Sewaktu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan bercakap tentang Militan Negara Islam ( IS ) atau ancaman pengganas , ramai yang sinis dan tidak percaya.

Pakatan pembangkang dengan pantas menjadikannya isu politik dengan mengaitkannya dengan isu Sabah yang dikatakan ' Aset Utama BN . Ada yang mengatakan Hishammuddin dan Kerajaan sengaja mahu menakut nakutkan rakyat dan kesannya rakyat akan bergantung kepada BN.

Kemudian negara dikejutkan dengan pelbagai berita penglibatan rakyat kita dalam aktiviti keganasan ini. Terbaru..baca di sini...

Keadaan mula menjadi  tidak selesa. Amaran, ingatan yang diberikan nampaknya tidak berjaya menghalang rakyat kita daripada terbabit dalam kegiatan yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa sebagai tidak Syar'ei ini.

Saya bimbang jika negara kita kelihatan mempunyai ' tapak ' pengganas, akan ada pihak luar menawarkan diri untuk kononnya membantu sedangkan ia sebenarnya tindakan campurtangan.

Inilah yang berlaku di negara negara Arab yang menyakskan negara itu akhirnya hancur dan rakyatnya menderita.

Kerajaan pada pandangan saya perlu mempunyai rancangan segera, jangka panjang dan jangka pendek bagi menghadapi ancaman ini secara menyeluruh dan berkesan. DS Hishammuddin dilihat berkesan dalam situasi krisis ( MH 370 ) dan saya yakin isu pengganas ini jugak adalah krisis yang tidak kurang bahayanya.

Negara kita terkenal amal dan rakyat hidup harmoni. Janganlah kelewatan bertindak akan merubah segala yang pernah dan sedang kita nikmati.

6 comments:

  1. Keselamatan adalah isu serius. Jika gagal ditangani awal saya bimbang ia merebak menjadi lebih serius

    ReplyDelete
  2. Jiwa ganas ni tak kira agama, bangsa. Tapi di Malaysia ni sejak ada Nuar Brahim aku rasa orang dah makin ganas !

    ReplyDelete
  3. Yahudi tunggu peluang nak menceroboh. Malanglah kalau kita pula yang bagi laluan

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya inilah masa orang Islam bersatu. Bukan kira politik. Kedaulatan dan keselamatan negara patut jadi keutamaan

    ReplyDelete
  5. Masalahnyaa bila ada orang galakkan. Padahal yang menggalakkan tu tak pergi pun

    ReplyDelete
  6. Masalah utama orang kita ialah tak mau berfikir sebelum bertindak. Ini yang menyebabkan kita mudah terpedaya

    ReplyDelete