Negarawan

Negarawan

Tuesday 5 November 2013

Wajibkan Subjek Sejarah Bukan Jawapan.


Insyaallah mulai esok anak anak kita akan menduduki peperiksaan Sijil 
Pelajaran Malaysia. Ada sejarah yang tercatat betapa mulai tahun 2013 ini Subjek Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus, sama seperti Bahasa Melayu ( kadangkala disebut Bahasa Malaysia ).

Apakah peristiwa yang mendorong kepada keputusan besar ini ?

Umumnya ia menjadi ' dasar ' Kementerian Pelajaran apabila pelbagai pihak mula mempertikaikan sejarah negara. Pertikaian itu pula lebih bersifat politik berbanding keperluan akademiknya.

Maaf, saya ingin katakan bahawa dasar Wajib Subjek Sejarah ini dirancang dan dilaksanakan atas nasihat ' penasihat penasihat ' kepada kerajaan yang mungkin berasa bimbang perubahan interpretasi sejarah bakal mengurangkan ' kepahlawanan ' pejuang UMNO khasnya.

Maka bertolak daripada provokasi orang seperti Namewee, Adam Adli dan Mat Sabu maka dasar baru ini dilaksanakan.

Objektif tersuratnya ialah mengangkat patriotisme dan kecintaan kepada negara bangsa dan yang tersiratnya ialah mengekalkan pemahaman bahawa UMNOlah pejuang sebenar kemerdekaan dan pengisiannya.

Apa yang bakal berlaku? Jika gred lulus tidak diturunkan, saya percaya ramai akan gagal Sejarah dan automatik tidak mendapat sijil SPM.

Sejarah ialah subjek yang memerlukan pembacaan. Dan hakikat yang tidak ramai ketahui anak Melayu amat kurang membaca berbanding pelajar Cina.

Maafkan saya kerana tidak mempunyai bukti angka terperinci tetapi saya mempunyai kepercayaan begitu.

Saya anggap kita terlalu terburu buru dan bertindak atas konflik yang dicetuskan oleh orang orang yang sebenarnya 'tiada rasa kasih kepada negara bangsa ini'.

Izinkan saya untuk membuat saranan. Kerajaan UMNO wajib mempunyai penasihat daripada pelbagai latar belakang. Pegawai Kementerian, Guru, Ketua Kampung, Ketua Cawangan, Blogger, Facebooker, konstabel polis.

Semua pihak ini harus distruktur, diadun. Mereka ini sentiasa berada di lapangan dan nampak pelbagai isu dari pelbagai sudut.

Selama ini barangkali kerajaan hanya mendapat nasihat dari puncak menara gading yang melihat segalanya dari atas sehingga ranting dan akar terabai daripada pandangan.

Kerajaan UMNO tidak usah goyah dengan sedikit goncangan. Yakin pada diri. Rancang segalanya semula sementara kita masih berkuasa. Percayalah, selagi kita berada di landasan yang betul, Allah tetap bersama kita.


4 comments:

  1. blog hebat tuan telah saya pautkan, Tq

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Moga Allah rahmati kita.

    ReplyDelete
  3. dari sudut untuk menyekat perkembangan dan pembangunan kaum lain dalam kerajaan adalah baik unutk menjadikan subjek sejarah wajib lulus tetapi adakah kita boleh memastikan bahawa anak muda melayu juga akan kenal akan sejarah. kalau dilihat sebenarnya teknik pengajaran sejarah yang ada sekarang adalah punca kita semua buta sejarah. sebagai bukti, saya sendiri semasa sekolah tidak menggemari subjek ini kerana terlalu banyak perkara yang kita perlu ingat dan dirangkum dalam satu kertas peperiksaan. selain itu pada masa itu guru yang mengajo saya pon tak memberikan minat kerana hanya suruh baca. pengajaran sejarah perlukan penceritaan supaya kita datang minat untuk ambil tahu jadi salah nyak kementerian jugak. berbalik pada isu diatas pada saya ada prodan kontra untuk perkara ini numun seperti yang penulis katakan seharusnya perlua ada organisasi yang dibentuk untuk membuat satu kajian keberkesanan pengwajiban subjek sejaran dalam peperiksaan spm ni.

    apa yang saya lihat kerajaan hanya membanunkan sesuatu itu menggunakan tenaga dalaman saha dalam kementerian. seperti PBS perkara ini mendatang masalah pada murid dan guru dimana pada murid semua perkara akan dinilai setiap hari dan ini manjadikan murid tiada masa bertenang. namun bagi guru pulak mereka terpaksa memasukkan markah yang banyak utk setiap murid dan ini manjadikan beban yang semakin tinggi. namun kementerian pendidikan tiak melihat ini satu tugas berat keana penjalan dasar hanya duduk di maj dan bilik yang berhawa dingin tetapi cuba turun padang untuk merasaai kepayahan guru ini......


    kerana PBS kebanyakan guru beralih arah menyokong pembangkang.....

    fikirkan bersama

    ReplyDelete
  4. Pandangan yang baik dan perlu diberi perhatian. Terima kasih.

    ReplyDelete