Negarawan

Negarawan

Monday 11 November 2013

SEDAP TAJUK NI !


Kadangkala apabila kita membaca sesuatu tajuk, kita dapat mengaitkannya dengan banyak perkara lain samada secara langsung ataupun tidak .

Sebuah artikel yang tersiar dalam Portal Malaysiakini, memaparkan tajuk yang sebenarnya berkaitan dengan semua parti yang ada di tanah air kita.

ISU UITM, POPULAR DALAM DAP TAPI JARAKKAN MELAYU. 

Artikel ini adalah tulisan Amran Ahmad ahli Melayu dalam DAP tetapi mengambil keputusan untuk keluar daripada parti rasis tersebut.

Antara lain penulis mencatatkan beberapa tindakan yang diambil oleh individu tertentu dalam parti tersebut yang menjadikan diri mereka popular dalam parti mereka tetapi menjejaskan keyakinan orang Melayu terhadap DAP.

Saya tidak bercadang untuk mengulas mengenai apa yang berlaku terhadap DAP tetapi berasa kagum di atas keberanian mereka mengakui dua perkara yang amat asas.

1. Popular dalam parti sendiri tidak memberi banyak manfaat dalam konteks mendapatkan kuasa pemerintahan negara.

2. Untuk mendapatkan kuasa di negara ini seseorang atau sesebuah parti tidak boleh nampak/ kelihatan seperti berjuang untuk sesuatu kaum yang mereka wakili sahaja.

Ini kekuatan DAP. Mereka cepat mengesan kelemahan, berani bercakap tentangnya dan saya yakin mereka akan berusaha keras melakukan pengubahsuaian.

Persoalan yang ingin saya timbulkan, adakah UMNO dan pemimpinnya mempunyai keberanian yang sama ?


6 comments:

  1. Salah satu kualiti yang ada pada DAP ialah mereka tak pernah lari daripada menghadapi realiti. Mereka berdepan, mengatasi dan meraikan kejayaannya.

    ReplyDelete
  2. Jangan terkejutlah kalau lepas ni ramai orang Melayu sokong dap. strategi mereka betul dan mereka serius dalam apa juga tindakan yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  3. "Mereka cepat mengesan kelemahan, berani bercakap tentangnya"

    Antaranya Isu berkaitan agama Islam dan orang Melayu!!!!!Minta maaf setel tapi pemikiran penyokong terus mendewakan mereka seolah olah "berani bersuara" sdgkan ia memecah belahkan orang Islam terutama Melayu

    ReplyDelete
  4. Salam..Blog tuan telah saya pautkan,Minta tuan pautkan balik blog saya di http://metromalaya.blogspot.com/ tq...

    ReplyDelete
  5. melayu jadi baruanya..rahsia kerajaan dibocorkan untuk dimanipulasikan oleh pembangkang....harap kerajaan sedar akan situasi ini..

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya aku nak terus teranglah. Aku mula sangsi dengan orang politik melayu ni tak kira dalam parti mana dia ada. Aku dah tak nampak sesiapapun yang benar benar berjuang untuk orang Melayu

    ReplyDelete