Negarawan

Negarawan

Tuesday 12 November 2013

LICIK HUSAM MUSA MENGATASI ANWAR IBRAHIM.


Ada orang mengatakan Anwar Ibrahim adalah ahli politik yang licik. Cara politik beliau menyebabkan rakan atau musuh berasa terancam atau mungkin ada yang takut dengan beliau.

Tapi Anwar juga mempunyai seteru yang jelas. Ada pihak sentiasa berasa Anwar adalah musuh yang bahaya dan wajib dijauhi.

Inilah kekuatan Husam Musa. Penampilannya ' sentiasa kelihatan baik'. Apa sahaja yang dilakukannya akan dianggap sebagai untuk kebaikan termasuk tindakannya menghentam Kerajaan PAS Kelantan dalam sidang Dewan, sesuatu yang sebenarnya tindakan luar biasa.

Apabila Husam Musa menarik diri daripada persaingan Timbalan Presiden PAS, tiba tiba namanya melonjak tinggi dalam kalangan penyokong beliau. Beliau dikatakan melakukan pengorbanan bagi mengelakkan wujud dua calon Kelantan yang merupakan kubu PAS.

Seteru politik beliau dalam PAS ikut tergamam, barangkali menyesali kempen memburukkan beliau selama ini.

Husam seorang yang bijak. Saya yakin jika beliau ikut bertanding walau berapa penjurupun beliau akan menang. Mat Sabu terpalit pelbagai isu. Ustaz Nik Amar dilihat gagal sebagai Timbalan Menteri Besar, dan hanya bertahap ' pimpinan negeri '. Manakala Tuan Ibrahim dianggap sebagai golongan tua yang tidak selari dengan bilangan perwakilan yang ramai lebih muda daripadanya.

Inilah kerisauan Husam. Jika beliau menjadi Timbalan sekarang maknanya beliau terpaksa menangani ' perubahan sikap dan pemikiran' yang ekstrim yang sedang berlaku dalam PAS.

Konflik ulamak - profesional sedang dan akan terus bergelora dalam PAS dan saya percaya ia akan berlanjutan lama. PAS akan menghadapi zaman sukar khasnya setelah ketiadaan Nik Aziz yang semakin uzur dan tak berdaya.

Hakikat yang PAS akui, faktor ' segan dan hormat ' kepada Nik Aziz masih lagi menyebabkan kemelut dalaman ini tidak bertukar menjadi gelombang besar.

Husam akan menang Naib Presiden, mungkin yang tertinggi. Husam akan memerhatikan Timbalan Presiden sepenggal bertungkus lumus cuba menangani segala permasalahan. Mat Sabu.

Mat Sabu akan jadi Timbalan Presiden kerana lawannya yang memang tidak popular. Tetapi Mat Sabu akan jadi Timbalan yang lemah dan gagal.

Pada masa itulah Husam akan tampil. Sebagai Naib Presiden yang berwibawa, berkesan tetapi kurang pertanggungjawaban. Husam akan dilihat cuba membantu Presiden dan Timbalan dan sedikit sebanyak kita akan dapat saksikan hasilnya.

Pada pemilihan akan datang, PAS akan melihat bahawa tiada calon lain yang layak menjadi Timbalan Presiden selain Husam. Dan saya percaya pada masa itu Husam tidak akan disaingi...begitulah Husam.

Sabar dan bijaknya mengorbankan dua tahun untuk mungkin puluhan tahun akan datang...



4 comments:

  1. Husam Musa adalah golongan Anwarinas. Cara bertindaknya hampir sama dengan Anwar. Sebenarnya berebut macam mana sekalipun PAS tetap jadi kuda tunggangan DAP

    ReplyDelete
  2. PAS adalah parti politik yang sedang meningkat. Kemungkinan kemampuan kewangannya juga bertambah apabila PAS bergabung dalam Pakatan. Inilah yang mendorong perebutan berlaku.

    ReplyDelete
  3. Manusia paling kelakah dalam dunia adalah HUSAM..ada ke dia nak open for sale kuates kerajaan?Bangang betullll

    ReplyDelete
  4. Sorry cakaplah. Aku dah lama peghati Husam ni, hapraklah dia nih !

    ReplyDelete