Negarawan

Negarawan

Tuesday 5 November 2013

Assalamualaikum, Salam Pengenalan...


Salam hormat dari saya.

Hidup ini ringkas. Hari ini kita telah melangkah ke Tahun 1435 Hijrah. Tahun 1434 Hijrah telah kita tinggalkan dengan pelbagai kisah, berwarna warni. Pasti ada suka dukanya.

Saya pula pendatang baru di alam blog ini walaupun saya mengikuti dengan penuh minat banyak blog yang sangat saya kagumi.

Blogger ada sumbangan yang tersendiri tatkala media konvensional tidak lagi berupaya menjadi arus perdana. Alam maya nampaknya menjadi gelanggang yang signifikan dalam kehidupan kita pada hari ini.

Saya adalah penyokong tegar UMNO. Kebetulan rumah saya bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai maka UMNO mula saya kenali sejak saya amat kecil.

Ketika itu datang ke dewan bersama ibu bapa bermakna dapatlah makan bihun dan karipap. Sesuatu yang jarang jarang masuk ke rumah kerana kemiskinan.

Saya mendengar pidato dan syarahan pemimpin kampung dan orang luar yang kemudiaannya saya ketahui sebagai Wakil Rakyat atau pemimpin UMNO Bahagian.

Saya dapat melihat pemuda memanjat tiang menggantung poster manakala kaum wanita menjahit dan menyirat bendera.

Saya akhirnya menjadi sebati dengan UMNO. Merasai resah gelisahnya,menikmati riang rianya. Saya yang miskin akhirnya bersekolah, mendapat biasiswa dan mampu bersekolah menengah ( lebih bernasib baik berbanding abang abang saya ) seterusnya menjejak kaki ke menara gading.

Saya kemudiannya menyedari betapa sebahagian daripada kejayaan itu adalah berkat dasar yang diputuskan oleh Kerajaan UMNO.

Sebagai tanda terima kasih, izinkan saya dengan ilmu terbatas ini untuk bersama sama menyumbang buah fikiran, kadangkala barangkali melontarkan teguran agar Kerajaan UMNO yang banyak berjasa ini terus kekal demi anak cucu kita pula.

Berikan saya ruang dalam sisa umur yang tak seberapa ini untuk sama sama berjuang dalam medan yang saya yakini amat bermakna ini.

Kerjasama dan perhatian daripada saudara saudara yang telah lama berjuang amat saya hargai dan Allah jua yang membalasnya.


3 comments:

  1. Slm NK , blog tuan sudah di pautkan di blog MMI .. Refer di list Airbone dlm blog MMI .. Selamat datang ke medan pertempuran maya dan teruskan perjuangan.soal siapa lama dan baru bukan isunya yg penting kita sama2 berjuang atas nama parti keramat UMNO.Mohon di linkkan blog MMI di blog Tuan . Tq

    ReplyDelete
  2. Assallam, blog tuan telah dilinkkan dengan blog bumiyang.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Moga Allah merahmati.

    ReplyDelete