Negarawan
Monday, 3 February 2014
SALAHKAH SAYA BERASA KECEWA DENGAN NAIB PRESIDEN UMNO INI !
Saya berusaha untuk menyembunyikan rasa kecewa terhadap Naib Presiden UMNO yang mendapat undi hampir sempurna pada pemilihan UMNO yang lalu. Saya percaya saya tidak bersendirian mempunyai perasaan ini. Ramai teman teman yang lain turut kecewa. DS Ahmad Zahid Hamidi jelas berubah selepas pemilihan UMNO.
Tolonglah Zahid. Dengarlah suara umat Melayu yang melata di bawah ini. Dengar dan rasakan kekecewaan kami yang telah memenangkan UMNO pada PRU 13. Terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan kepada kita.
Isu Kalimah Allah, pelanggaran titah Yang Di Pertuan Agung, penghinaan terhadap Perdana Menteri, video Theresa Kok dan terkini ada pemimpin DAP memperlekeh ayat Al Quran.
Saya dan teman teman menjadi keliru kenapa pendatang tanpa izin menjadi keutamaan sekarang, dalam keadaan kita umat Melayu Islam seakan akan berada pada lapis paling bawah.
Saya dan teman teman jadi keliru kenapa Datuk Seri begitu mudah teralun dengan salam konsesus Nasional yang dihulur oleh Anwar Ibrahim mendahului Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Parti.
Saya dan teman teman rasa kecewa bilamana Datuk Seri menggunakan ungkapan LAWAN TETAP LAWAN yang jadi slogan Anwar Ibrahim dan kuncu kuncunya sejak sekian lama.
Bangunlah Datuk Seri. Akar umbi mahukan pembelaan. Akar umbi mahukan ketegasan. Jangan nanti akar umbi berasa amat tidak berbaloi menjadi penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Jangan nanti akar umbi mengambil sikap ' biarkan' kerana UMNO dan kerajaan ini hidup kerana kami di akar umbi !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Gaya politik masa kini sebenarnya bukan mengikut gaya politik bekerja tetapi politik membenci yang agak keterlaluan tanpa mengambil kira samada ada kebaikan atau tidak. Perkara baik sekalipun akan tetap ditentang asalkan ada keperluan politik. PM dan Menterinya kelihatan amat tertekan dengan keadaan ini di mana setiap perkara terpaksa dilaksanakan secara berhati-hati sehingga adakalanya terpaksa tutup mulut aje.
ReplyDeleteSentimen politik persepsi yang dimainkan pembangkang adalah sangat berjaya dalam mempengaruhi setiap tindakan kerajaan dan pemikiran rakyat. 100 perkara kebaikan yang dilaksanakan kerajaan begitu mudah dilupakan oleh rakyat hanya disebabkan 1 perkara keburukan hasil mainan persepsi tadi.
Politik persepsi adalah sangat merbahaya kerana ianya adalah suatu kepalsuan yang hanya akan merugikan rakyat dan menguntungkan ahli politik berkenaan sahaja.
Selain persepsi ada kebenaran yang mesti diperjuangkan. Ini yang diharap akan dilaksanakan oleh pemimpin kita. Persepsi amat sementara sifatnya. Yang kekal adalah kebenaran yang hakiki. Kalau pemimpin kita ikut cara pemimpin pembangkang maka ' sementara' juga lah kita.
ReplyDelete