Negarawan
Thursday, 27 February 2014
MENYIRAP DARAH MEMBACA KENYATAAN INI !
Kenyataan 1.
" Selagi Kementerian Pertahanan berada di bawah pentadbiran saya, saya akan terus bulatkan azam bagi mengelakkan negara ini daripada terjerumus mengikut jejak negara negara bergolah seperti Ukraine, Thailand dan Syria yang menyaksikan keadaan huru hara hampir setiap masa "
" Huru hara berlaku kerana siri serangan terhadap tiang tiang seri yang sebelum ini tidak pernah berlaku".
Kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sewaktu melahirkan iltizam dan tekad berjuang berhabis habisan mempertahankan agama,bangsa yang dianggap sebagai tiang seri negara.
Kenyataan 2.
" Sebagai Naib Presiden UMNO dan anggota Jemaah Menteri, saya fikir MCA perlu berbincang dengan YAB Perdana Menteri sebelum bercakap tentang kerusi Menteri.
Lebih baik supaya MCA dapat menunjukkan komitmen dan kesungguhan terlebih dahulu. Saya rasa PRK Kajang boleh kita jadikan ukuran komitmen MCA ".
Selepas PRU 12 ( 2008 ), UMNO dan orang Melayu tergamam. Moral dan semangat merudum dan samada disedari atau tidak jiwa UMNO dan orang Melayu mengecut dan menjadi kecil.
Implikasinya UMNO dan orang Melayu seakan mengemis sokongan khasnya daripada orang Cina. Maka berlambaklah peruntukan dilimpahkan sama banyak dengan penghinaan orang Cina terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu ,orang Islam.
Hinalah, perlekehlah,cabarlah. Orang Melayu dan UMNO terutama pemimpin sangat berhati hati dengan harapan sokongan Cina kembali pada PRU 13.
Nyata ia tidak berlaku. Tsunami Cina bukan sahaja merobekkan keputusan pilihanraya tetapi ia berjangkit kepada sabotaj yang menyeluruh, di segenap sudut.
Kenaikan harga barang adalah satu bentuk sabotaj yang amat nyata dan berkesan.
Tetapi di sisi yang lain, nampak berbalam tapi makin jelas sudah ada kebangkitan dalam roh orang Melayu dan UMNO. Pemimpin kita mula mempersiapkan diri dan menyusun langkah.
Saya memetik dua kenyataan DS Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Bacalah kenyataan di atas dan sebenarnya ada banyak lagi yang kemudian akan saya tuliskan.
Tegas, berani dan jelas. Jiwa pemimpin Melayu . Tiada lagi apologetik, pesimis.
Datuk Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Daerah kerana tidak bersetuju dengan penjajah British. Meninggalkan kerjaya paling hebat pada masa itu kerana mahu menyubur jiwa perjuangan.
Hishamuddin, cucunya. Berliku di masa lalu, semakin lurus sekarang. Saya percaya ada yang berbeda pandangan, tapi izinkan saya untuk percaya benih yang baik ini satu masa akan menjadi gunung, menjadi pulau.
Hakikatnya membaca kenyataan pemimpin Melayu yang berani, pastinya akan memanaskan kembali darah perjuangan umat Melayu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kami di Perak pernah rasa sangat terhina bila Pakatan memerintah selama 11 bulan. Penyokong UMNO dilayan seperti tidak berharga ketika itu. Kampung hilang seri sehingga Allah kembalikan Perak kepada UMNO, Alhamdulillah
ReplyDeleteMasa untuk beralah dah lama berlalu. Sekarang masa orang Melayu menebus maruah
ReplyDeleteAku suka ko Bro, terus terang ko penyokong Hishamuddin. Hak ko lah.
ReplyDeleteDulu Datuk Najib umum nak buat program untuk bangkitkan semangat orang UMNO. Sampai sekarang senyap je.
ReplyDeleteSaya perhatikan orang Cina atau India menyokong berasaskan untung atau tidak. Jika mereka boleh dapat keuntungan mereka akan sokong. Kalau tak mereka tak akan sokong. Sampai masa mereka tetap mahu berada di atas.
ReplyDeleteUMNO parti yang kuat. Kalau kita pilih pemimpin yang betul pasti kita akan teruskan UM NO
ReplyDeleteOrang Melayu mudah lupa. Kalau marahpun marahnya kejap, sebab itu orang tak respek
ReplyDeleteSegalanya berpunca daripada UMNO. UMNO banyak sangat tolak ansur sampai orang tak hargai. UMNO kena transform
ReplyDelete