Negarawan
Monday, 17 February 2014
MAHFUZ SAMBUT CABARAN DEBAT KASSIM AHMAD..
Inilah yang sewajarnya berlaku. Menyambut cabaran debat Kassim Ahmad, tokoh yang dikatakan menolak hadis dam membawa beberapa pandangan yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.
Sejujurnya saya tidak berkesempatan mendengar sendiri kenyataan Kassim samada yang dulu mahupun yang terbaru. Saya membaca artikel yang tersiar dalam Malaysiakini.
Saya tidak pasti adakah Kassim telah melanggar undang undang negara atau tidak. Tapi saya pasti selain meminta pihak berkuasa yang tidak pernah Mahfuz yakini mengambil tindakan ada baiknya Mahfuz menyahut cabaran Kassim.
Mahfuz sebagai Ketua Penerangan PAS saya dapati sentiasa mahu membuktikan keilmuannya. Hampir tiada perkara tidak diulas dan dikupas oleh Mahfuz. Ayuh ini medan terbuka.
Kassim tidak meletakkan sebarang syarat. Mana tahu, kebolehan Mahfuz akan mengubah kepercayaan Kassim yang nampaknya sangat tebal dengan hukum logik akalnya.
Tanpa perlu sesiapa ditangkap, saya percaya Mahfuz sudah tentu ingin menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada kekeliruan yang dibawa oleh Kassim.
Jika Kassim ditangkap, saya yakin ramai yang sebenarnya tidak jelas apa yang berlaku.
Silalah Mahfuz. Rakyat sedang menunggu hujah hujah daripada Yang Berhormat !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kah kah kah Mahfuz kah kah kah . aku tak jumpa orang bodoh macam maffuz jadi ketua penerangan. kah kah kah..
ReplyDeleteAku boleh tolong cari sponsor kalau mahfuz sanggup berdebat.
ReplyDelete