Negarawan

Negarawan

Wednesday, 5 February 2014

PERAK BAKAL TUMBANG PADA PRU 14..


Barangkali ramai yang tidak gembira dengan tajuk ini. Orang UMNO khasnya tidak gembira bercakap tentang kekalahan. Tetapi kalau kita bertanya, adakah UMNO bekerja kuat untuk menang? Apakah yang telah dan sedang dilakukan UMNO?
Saya percaya tidak ada jawapan bagi persoalan ini.


Selepas PRU 12 tahun 2008, Perak adalah sebuah negeri yang panas. Seluruh jentera Pakatan tidak pernah terlepas pandang walau sedetik terhadap Perak. PRU 13 menyaksikan UMNO / BN berjaya memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah dengan majoriti amat kecil.

Umum mengetahui Dr Zambry bekerja keras. Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan , saya percaya beliau telah berusaha semampu mungkin melakukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri.

Namun pilihanraya bukan persoalan ' baik dan berkesan' semata mata. Pemimpin UMNO sejak merdeka ' baik dan berkesan' sehingga begini negara kita sekarang. Laju membangun dan umumnya rakyat hidup sejahtera.

Pilihanraya sekarang berkaitan bagaimana angka diperolehi dan mengapa begitu angkanya terjadi. Sebaik manapun mana mana calon, jika angka lebih rendah maka calon ini akan dikira kalah. Inilah prinsipnya.

Inilah juga sebab mengapa saya menjangkakan Perak akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 14. Pergerakan dan usaha menambah angka ini boleh dikatakan tidak dilakukan oleh UMNO/ Perak.

Malangnya DAP amat dominan di Perak. Mereka pula mempunyai budaya kerja yang sangat luar biasa. Mereka dikatakan telah memiliki jentera yang bekerja secara senyap dan berterusan sejak bertahun tahun. Berbanding UMNO, DAP mempunyai kawasan wajib menang dengan majoriti besar.

Ipoh Timur, Ipoh Barat, Gopeng, Batu Gajah, Sitiawan, Taiping adalah antara kawasan majoriti besar kerana faktor pengundi Cina. Saya mendengar pengundi Cina ini tiada masalah untuk bertukar tempat mengundi demi kemenangan DAP. Dan mereka telah dan sedang melakukannya.

Bayangkan dalam 4 tahun dari sekarang, berapa ribu pengundi boleh mereka pindahkan untuk mengundi di Tambun, Kuala Kangsar, Padang Rengas. Lubuk Merbau, Manjoi, Manong dan beberapa DUN juga amat berisiko.

Dengan kerja keras DAP dan lalai leka UMNO saya percaya mudah bagi pembangkang menawan Perak. Dalam penulisan terdahulu saya menyarankan agar kita juga memindahkan pengundi selain mendapatkan pengundi baru. 

UMNO Ipoh Timur, Ipoh Barat, Gopeng dan lain lain perlu gerakkan usaha ini. Saya difahamkan Bahagian Bahagian ini amat aktif berpolitik. Pemilihan UMNO baru baru ini menjadi bukti. Apa maknanya menang dalam UMNO tapi kalah pilihanraya.

Dr Zambry barangkali kena melihat perkara ini secara lebih mendalam. Dr Zambry dikatakan mempunyai ramai pegawai yang berkebolehan. Gunakanlah segala kepakaran mereka sepenuhnya. 

Saya mendengar pelbagai kisah di Pejabat Menteri Besar. Alangkah baiknya jika sebahagian daripada kisah itu ialah kejayaan menambahkan pengundi UMNO dan mempastikan kita dapat mempertahankan negeri bertuah ini.



4 comments:

  1. Bukan Perak saja. Johor, N.Sembilan juga berisiko. Masalahnya UMNO sangat selesa dahlah komponen lain langsung tak berfungsi

    ReplyDelete
  2. Kepada Gombug,
    Kalau nak buat iklan pergilah ke ruangan Iklan. Ini adalah ruangan bicara/forum. Menyemak ja...

    ReplyDelete
  3. UMNO wajib berubah. Dah banyak jasa UMNO tabur. Negara dah jadi negara maju. Susah payah UMNO akan dilupakan jika kalah. Pemimpin UMNO kena fokus. Tak salah majukan diri tapi jangan UMNO sampai jadi korban.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin UMNO peringkat Bahagian perlu berubah untuk memastikan kejayaan. Sudahlah parti komponen yang lain seperti hidup segan mati tak mahu, UMNO pula bersikap perasan kuat setiap masa sehingga lalai dalam merencanakan taktikal politik. Itu belum lagi cerita pemimpin yang sibuk hanya untuk mempertahankan jawatan di peringkat masing-masing sehingga lupa bahawa yang cabaran utama adalah PENGUNDI dan ahli baru parti yang perlu dicari.

    Jika perancangan pakatan pembangkang yang menang majoriti besar di banyak kerusi bandar berjaya untuk memindahkan pengundi di kawasan yang mereka kalah tipis, sudah pasti kerusi MB akan jatuh ke tangan ADUN Melayu dari DAP. Siapalah agaknya calon ADUN Melayu DAP berkenaan???

    ReplyDelete