Negarawan
Wednesday, 19 February 2014
ROSYAM NOR NI CARI PENYAKIT !
Saya memang meminati lakonan aktor Rosham Nor. Berkarektor, sangat bersungguh sungguh dan yang penting tiada gosip liar macam artis artis lain.
Rupanya ada sisi lain Rosyam yang kurang saya ketahui. Rosyam adalah seorang motivator yang cukup hebat. Saya membaca tulisan Rosyam dalam Berita Harian, 16 Februari lalu melalui ruangan AKU FIKIR.
Rosyam menyeru pembacanya supaya bersyukur dan berterima kasih. Banyak yang berubah kerana pembangunan kata Rosyam. Ekonomi, ilmu pengetahuan, kepandaian, pembangunan, fesyen, stail, percakapan, keterampilan dan macam macam lagi. Tapi kata Rosyam tak ramai yang berterima kasih.
Rosyam menamakan Syed Mokhtar Al Bukhari, SM Nasimuddin dan keluarganya sebagai petanda orang Melayu yang berjaya kerana gigih berusaha.
Jiwa Melayu Rosyam tebal. Berkongsi kebanggaan dengan kejayaan pemimpin Melayu kerana membangunkan negara. Pemimpin kerajaan UMNOlah tu...
Rosyam berulangkali mengajak pembaca berterima kasih dan dalam masa yang sama usah berhenti bekerja keras.
Katanya kita wajib bersyukur kerana hidup dalam suasana aman dan damai.
" Aku pernah mandi dan minum air perigi sewaktu tinggal di Kampung Kerinchi. Macam macam lagi aku rasa yang mungkin anak muda tak pernah rasa pada masa ini ", kata Rosyam..
Kata Rosyam, " Tak kan bangsa aku nak rosak, nak jadi Red Indian suatu hari nanti. Hilang kuasa, hilang segalanya. Renungkan apa kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa".
Rosyam mengajak pembaca, carilah maksud yang tersirat di sebalik kata kata Tun M, tokoh bangsa Melayu, tokoh Malaysia, tokoh dunia.
Inilah Rosyam...jiwa besar yang terbukti kejayaannya. Kalaulah pembangkang membaca tulisan ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment