Negarawan
Friday, 7 February 2014
GURU PENYAYANG...PPD, JABATAN, KEMENTERIAN..?
Saya sentiasa mempunyai kepercayaan bahawa guru atau warga pendidik adalah unsur penting dalam membantu survival UMNO dan kerajaan. Sejarah membuktikan bahawa guru banyak memberi sumbangan kerana hubungan rapat golongan ini dengan masyarakat yang menjadi ibu bapa pelajar.
400 ribu lebih guru di Malaysia sekaligus menjadikan guru kakitangan awam yang amat dominan dalam menentukan masa hadapan negara. Oleh yang demikian saya yakin jika golongan ini dijaga kebajikan mereka UMNO yang menunjangi kerajaan akan dapat bertahan walau sehebat manapun gerakan merampas kuasa dijalankan oleh pihak pembangkang.
Namun akhir akhir ini kita dapati, guru begitu tertekan dengan pelbagai dasar, sistem yang membebankan mereka. Segalanya menjadi sukar dan ramai guru memilih untuk bersara awal tetapi tidak diluluskan.
Hakikatnya pembangkang pula pandai menawan hati guru. Pada setiap kali berceramah mereka seakan akan begitu memahami dan bersimpati dengan nasib guru dan berjanji untuk mengubahnya jika diberi peluang memerintah.
Orang tertekan, dalam konflik dalaman yang serius, diberikan perhatian dan simpati, maka ramai guru beralih kepada pembangkang. Terbaru ialah apabila Kementerian Pelajaran melaksanakan Program Guru Penyayang.
Guru guru diarahkan melakukan pelbagai program yang sebenarnya merupakan tambahan tugas guru. Menyambut pelajar di pagar sekolah, mengadakan Mentor Mentee, mengadakan sambutan harijadi dan lain lain lagi. Barangkali ini bukan masalah besar bagi huru. Guru umumnya menyayangi pelajar.
Masalah mula timbul apabila guru diarah pula untuk menyediakan pelbagai dokumen berkaiatan dan akan dipantau dari semasa ke semasa. Pegawai Pej Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian akan melakukan pemantauan dan biasanya akan berakhir dengan maam macam teguran yang bagi guru adalah hukuman untuk mereka.
Inilah dilemanya. Guru guru diarah penyayang manakala mereka dari semasa ke semasa dihukum. Ada keadaan ' kekurangan ' di sesebuah sekolah akan disebut berulang ulang selama bertahun tahun untuk jadi contoh kepada yang lain.
Maknanya " kalau kamu tak nak malu besar, buat apa yang diarahkan ". Guru hakikatnya bekerja mulai 7 pagi dan biasanya akan pulang ke rumah sekitar 5 petang.
Setiap kali berpeluang berbual dengan rakan rakan warga pendidikan, saya jarang mendengar cerita gimbira mereka. Yang dilahirkan ialah keluh kesah, kekecewaan dan saya bimbang ia akan bertukar menjadi dendam. Guru tidak bahagia dan saya percaya kita tidak mungkin dapat mengharapkan mereka kekal bersama kita pada PRU14.
Jika UMNO mahu terus memerintah, Tan Seri Muhyiddin wajib melihat perkara ini dan melakukan sesuatu untuk memperbaikinya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya bersetuju dengan artikel ini. Isteri saya adalah guru, nampak sangat tertekan beberapa tahun kebelakangan ini.
ReplyDelete