Negarawan
Saturday, 15 February 2014
KONSENSUS NASIONAL...SAH KERAJAAN UMNO/BN TOLAK TANGAN KOTOR ANWAR !
Ini berita yang baru saya terima. Sahih dan kenyataan rasmi mengenainya mungkin tidak akan dibuat sebaliknya ia diabaikan macam angin lalu.
Konsensus Nasional yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim, disambut oleh DS Ahmad Zahid Hamidi dan ikut dimainkan oleh PAS pada anggapan Kerajaan UMNO/BN adalah taktik lapuk Anwar untuk membuktikan ' jiwa murninya'.
Konsensus Nasional dimulakan beberapa hari sebelum pengosongan Kerusi Kajang dan pengumuman Anwar sebagai calon. Sekarang Anwar sedang didendangkan oleh kuncu kuncunya di Kajang sebagai seorang yang amat tulus, walaupun dianiaya oleh UMNO/BN masih lagi berfikir mahu menjaga negara.
Hasrat Anwar hanya untuk kembali ' menyuburkan ' namanya. Perbicaraan semula kes liwat Anwar adalah mimpi ngeri bagi Anwar. Barangkali Anwar menjangkakan ideanya akan disambut oleh UMNO/BN dan dalam masa yang sama akan ada perbincangan berkaitan kesnya.
Perbicaraan kes liwat Anwar hakikatnya tiada kaitan dengan kerajaan. Anwar meliwat, Saiful mengadu dan perbicaraan berlangsung. Selain daripada itu hanyalah persepsi yang Anwar cetuskan bagi menutup ' luar tabiinya '.
Saya bersyukur dan yakin dengan sumber ini. Kerajaan UMNO/BN tidak akan terpedaya lagi dengan penipuan Anwar. Kepada DS Zahid, saya mohon untuk tidak lagi begitu cepat bercakap ' mewakili ' UMNO/ Kerajaan. Ada konsensus lain yang mesti dan wajib dipertahankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah. Moga Allah rahmati UMNO. Jangan tertipu lagi dengan tipu daya Anwar
ReplyDeleteSaya agak hairan. Mengapa Datok Zahid begitu cepat bersetuju dengan saranan Anwar sedangkan beliau hanya salah seorang naib presiden UMNO?
ReplyDelete