Negarawan
Sunday, 2 February 2014
AWAS !! LELAKI INI BAHAYA !
Pelbagai andaian oleh pelbagai pihak kita dengar dalam membicarakan PRK Kajang sebab dan akibatnya. Tentunya Anwar Ibrahim mendapat publisiti paling hebat kerana beliaulah yang berada di belakang semua ini.
Orang politik, orang awam yang tidak berparti ikut sama membincangkan isu ini kerana ia membabitkan tokoh tokoh besar dan melibatkan negeri paling berdaya maju di Malaysia.
Ada pandangan yang menarik juga untuk kita bincangkan. barangkali ada kebenarannya jika kita mengambil kira sejarah berwarna warni tokoh yang dilibatkan.
Sesiapa yang pernah mendengar ceramah Umi Hafilda Ali pasti akan mengaitkan peristiwa Kajang ini dengan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Umi Hafilda banyak kali menceritakan ' hubungan sangat istimewa' Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim.
Sehingga kadangkala terasa agak terkejut dengan bentuk hubungan mereka, mengatasi keintiman Anwar dengan isterinya Wan Azizah. Sukar untuk tidak percaya kerana setiap kali Umi berceramah, beliau mencabar Anwar untuk menyamannya dan itu tidak pernah berlaku. Ironinya Anwar sangat suka menyaman orang.
Azmin telah mengorbankan segalanya demi Anwar. ' Segalanya' termasuk membuang ibunya dan adik beradik yang tidak bersetuju dengannya. Azmin hampir tiada apa apa selain Anwar. Anwar juga dikatakan amat mengasihi Azmin dan percaya padanya. Bahkan pandangan semua orang akan ditolak jika Azmin seorang punya pandangan berbeza.
Inilah punca Peristiwa Kajang berlaku. Khalid Ibrahim dan beberapa orang kuat PKR, dikatakan termasuk Wan Azizah dan Nurul Izzah telah menyinggung dan melukakan hati Azmin. Penyingkiran Azmin sebagai Lembaga Pengarah adalah sebahagian daripadanya.
Melukakan hati Azmin samalah dengan merobek perasaan Anwar. Sakit hati Azmin, kecewalah Anwar. Demikianlah rapatnya mereka. Lebih rapat berbanding paha kiri dan paha kanan.
Anwar adalah seorang yang berkuasa dan nekad. Beliau telah menempuh segala macam cabaran dan dugaan. Beliau sampai tiada ketakutan sama sekali.
Dengan demikian, Azmin menjadi sangat bahaya. Anwar akan lakukan apa sahaja asalkan Azmin bahagia. Inilah hakikatnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment