Negarawan

Negarawan

Thursday, 20 February 2014

KEJUTAN PAK KADIR DAN PAK SYED !


Sesuatu yang menarik untuk dibahas, dibincang dan dikupas. Keluar daripada perangkap konflik yang dicetuskan oleh puak Pakatan yang ghairah mahupun ranting Pakatan yang sedang berakar dalam UMNO sendiri. Sebagai mukhaddimah,  baca Di Sini .

Sekali lagi, UMNO adalah parti keramat. Keramatnya tidak menyeramkan, tidak mampu dijampi oleh sekalian banyak ustaz yang lahir di ratusan atau mungkin ribuan DarusSyifa' di seluruh negara.

Pemimpin datang dan pergi silih berganti. Datok Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak.


Tiba tiba Pak Kadir Jasin melantunkan hasil perbincangannya bersama teman teman, bahawa siapa selepas Najib. Yang akan mengepalai UMNO dan negara. Disambut pula oleh Pak Syed juga lewat penulisannya.

Kedua dua tokoh ini bukan orang biasa. Mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Tokoh yang mereka namakan dan batang tubuh mereka sendiri mengundang maklumbalas yang tidak sedikit. Sudah tentu orang berjiwa besar menghalalkan perbezaan pandangan dan pendapat.

Datuk Seri Hishamuddin yang dinamakan berada pada kedudukan ' mampu, layak' memikul amanah besar ini , sebenarnya bukan pemimpin biasa. Beliau mempunyai pengalaman berwarna warni. Ada juga yang rasa ' tak selesa' kerana Hishamuddin ditakdirkan lahir sebagai Hishamuddin Hussein Onn.

Sempurnakah Hishamuddin? Sudah tentu tidak kerana kita semua tahu manusia sempurna dalam sejarah tamadun manusia ialah Rasulullah SAW. Bahkan Hishamuddin menempuh laluan sukar sewaktu pemilihan UMNO baru baru ini.

Saya percaya apabila ada pendapat mengatakan UMNO ketiadaan pelapis berwibawa, pandangan ini adalah pandangan musuh musuh UMNO. Sama juga bila ada yang menyatakan UMNO sudah tiada masa hadapan, ini juga kenyataan pembenci UMNO.

Saya harap orang UMNO kekal setia dan bekerja. UMNO adalah parti terbesar dalam negara dan di sebalik segala macam serangan yang diterimanya, UMNO masih parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihanraya. Ini faktanya.

Cuma UMNO perlu melakukan muhasabah, melakukan pembetulan dari semasa ke semasa. Pemimpin UMNO juga begitu. Dan inilah kekuatan Hishamuddin yang barangkali tidak ramai menyedari. Mari kita kaji kenyataan terkini Hishamuddin sewaktu mengulas perletakan jawatan P Waythamoorthy.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, sikap Waythamoorthy yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan permainan politik beliau untuk menutup sikapnya yang mementingkan diri.

Katanya, tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik seperti yang dilaung laungkan selama ini.

" Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan
( NGO ) di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira kira dua juta kaum India di negara ini. Saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya".

Ini kenyataan yang pada pandangan saya mempunyai makna yang cukup besar.

" SELAKU MENTERI KABINET DAN NAIB PRESIDEN UMNO, SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA TINDAKAN WAYTHAMOORTHY MENYERANG KERAJAAN SELEPAS DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MENTERI "

Kenyataan Hishamuddin jelas, terang dan ada ketegasan atas sifatnya sebagai pemimpin kerajaan dan parti. Saya menyedari akhir akhir ini Hishamuddin hanya mengeluarkan kenyataan pada masa perlu dan ' tiada unsur populis ' dalam kenyataannya.

Kenyataannya tidak dibidas, tidak dimanipulasi dan hakikatnya tiada pihak yang dapat memerangkapnya melalui ' kesilapan' dalam mengeluarkan kenyataan.

Saya berlapang dada. Saya tidak melihat sosok tubuh Hishamuddin dan mengintai sebarang keuntungan peribadi daripadanya. Saya juga yakin inilah sikap Pak Kadir sewaktu melontarkan idea. Bahkan Pak Kadir mungkin bermasalah jika menamakan seseorang kerana beliau mengenali begitu ramai orang.

Saya senada dengan Pak Kadir dan Pak Syed. Melihat potensi untuk digilap dan sebahagian potensi itu  ialah serba kekurangan yang boleh dan mahu diperbaiki.



10 comments:

  1. Aku AJK Pemuda Bahagian di Perak sewaktu Hisham Ketua Pemuda Malaysia. Senang nak berurusan, senang nak mintak tolong. Tak payah banyak protokol. Aku rasa layak apa Hisham jadi PM dan Presiden UMNO. Pengalaman dia luas dan aku suka cara dia melayan orang. Tak nampak pun dia anak cucu orang ternama.

    ReplyDelete
  2. Salam...saya tak peduli siapa bakal menggantikan DS Najib. Asalkan UMNO bukan DAP, PAS atau PKR. Elok atau buruk UMNO telah membuktikan kemampuan.

    ReplyDelete
  3. Ada orang kata " Tak kan Hishamuddin sebab dia sepupu Najib ". Pada saya dia patut diberi tanggungjawab bukan kerana hubungan atau keturunannya, tapi kerana kebolehannya. Kemudian kenapa tak pertikai keluarga Lim, keluarga Karpal, Nik Aziz.

    ReplyDelete
  4. Najiblah. Dia kena suarakan siapa yang dia harap dapat menggantikan dia bila dia dah bersara. Zahid tak sesuai aku rasa sebab dia lebih kurang sebaya dengan Najib. Muhyiddin rasanya lebih berumur. Jadi oklah Hishamuddin. Latih dia, tak betul bagi teguran. Orang UMNO jangan asyik nak pancung pemimpin sendiri.

    ReplyDelete
  5. Aku setuju dengan syarat selepas itu Mukhriz. Khairy mintak simpanglah !

    ReplyDelete
  6. Ramai melabel Pak Kadir musuh UMNO. Tapi bila dia buat cadangan, tak pulak nampak jahatnya !

    ReplyDelete
  7. UMNO dah tercalar. UMNO dah kena main. Sekaranglah masa UMNO nak perbetulkan keadaan

    ReplyDelete
  8. Saya memang dah dapat rasakan Datuk Hishamuddin selepas ini. Cuma kita harap beliau tidak tersalah langkah nanti

    ReplyDelete
  9. Saya dah banyak kali cakap, UMNO mesti namakan pelapis awal. Kalau tidak semua nak berebut, akhirnya parti yang rosak. Saya percaya ahli UMNO sendiri suka kalau Hishamuddin dilatih mulai sekarang. Sebab dulu dia pernah jadi ketua pemuda.

    ReplyDelete
  10. " Melihat potensi untuk digilap. Sebahagian potensi itu adalah kekurangan yang mahu diperbaiki ". Saya suka kenyataan ini. Membina, kalau semua orang UMNO berfikir sama, UMNO tiada masalah meneruskan perjuangan.

    ReplyDelete