Negarawan
Thursday, 13 February 2014
KONSENSUS NASIONAL , HADI AWANG PATUT MALU !
Saya sebenarnya agak terkejut apabila secara tiba tiba Anwar Ibrahim melontarkan idea untuk merealisasikan Konsensus Nasional. Tetapi saya jauh lebih terkejut apabila saranan itu dengan segera disambut oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri.
Selepas itu secara tiba tiba pula Haji Hadi Awang meminta agar Kerajaan UMNO memperincikan apakah kandungan Konsensus Nasional tersebut.
Konsensus Nasional umumnya boleh ditafsir sebagai kesepakatan dan kebulatan dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan kenegaraan. Dalam konteks ini barangkali ada kewajarannya apabila kita bercakap tentang perpaduan kaum, keamanan dan perpaduan.
Namun apabila ia dicetuskan oleh Anwar Ibrahim dan disokong oleh Haji Hadi saya fikir adalah satu kesilapan jika UMNO menerima saranan ini. Pakatan Pembangkang di Malaysia bukan pembangkang yang sihat.
Mereka menyemai segala racun benci sejak daripada awal lagi dan 'berbahagia' bilamana kebencian rakyat bertukar menjadi sokongan kepada mereka. Beberapa siri demonstrasi, beberapa siri penghinaan dan cacian terhadap UMNO dan pemimpinnya adalah faktor penyumbang kepada ' segala keresahan ' rakyat.
Beruntunglah Anwar Ibrahim. Setelah meruntuhkan rumah, Anwar mengajak kita untuk bersama sama membinanya semula.
Kerajaan sedang bekerja keras. Sangat banyak usaha dilakukan oleh Kerajaan UMNO ini untuk mempastikan rakyat hidup bahagia. Sangat banyak pula toleransi kerajaan misalnya dalam mendepani isu Kalimah Allah ( sebagai contoh ).
Anwar pulak bersama PAS memilih untuk mencurah minyak di atas segala bara ini?
Samada Anwar mahupun Hadi, kedua duanya sedang menghadapi masalah. DAP begitu berkuasa dan saya percaya mempunyai banyak tuntutan. Kita usah terperangkap dan menjadi sebahagian daripada penyelesai masalah yang sedang mereka depani.
Kerajaan UMNO wajib meneruskan apa yang telah dimulakan. DS Zahid usah menjadi jambatan antara Pakatan dan Keajaan UMNO. Kita akan menang lebih baik dalam PRU 14 jika apa yang DS Najib rancang dan usahakan sama sama kita sokong. Jika tdak nanti saya bimbang pula ada orang menyangka DS Zahid masih ' berharap' kepada Anwar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment