Negarawan

Negarawan

Wednesday, 21 January 2015

DIAMPUN BIAR KENA PADA TEMPATNYA...

Saya yakin sangat sewaktu Lim Kit Siang dan DAP menimbulkan perkara ini, mereka tidak berhajat mahukan jawapan atau penjelasan. Mereka akan gunakan pula jawapan itu menimbulkan persepsi baru. Matlamat mereka ialah supaya pemimpin Kerajaan UMNO/BN dilihat sebagai kerap melakukan salah laku.

Saya fikir DS Hishammuddin telah mengambil langkah bijak kerana tidak menunggu lama untuk menjawab isu ini. Saya yakin sangat, jawapan pantas beliau menyebabkan rakyat tidak berteka teki dan yakin dengan ketelusan beliau.

Hakikatnya berdiam diri dalam keadaan tertentu boleh menimbulkan banyak masalah.  Pakatan juga bijak. Mereka menimbulkan pelbagai perkara, banyak isu supaya kerajaan tak sempat menjawab dan mereka boleh menyatakan apa yang mereka timbulkan adalah benar.

Sebab itu saya cenderung untuk memohon kepada pemimpin kita agar tidak membiarkan persepsi ciptaan mereka dilihat sebagai benar.




PUTRAJAYA 20 Jan. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan yang beliau tidak pernah menghantar sebarang surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

“Saya hanya boleh jawab bagi pihak diri saya sendiri dan saya tidak pernah hantar surat kepada FBI,” katanya ringkas.
Hishammuddin ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru itu bahawa Menteri-Menteri Dalam Negeri sebelum ini turut mengeluarkan surat penje­lasan.
Menurut Ahmad Zahid, berdasarkan kuasa yang ada pada menteri, beliau menandatangani surat itu dan Menteri-Menteri Dalam Negeri sebelumnya juga berbuat demikian.

Kenyataan Ahmad Zahid itu merujuk kepada satu surat yang dihantar olehnya kepada FBI pada Disember tahun lalu berhubung status Wei Seng Phua (Paul Phua) yang sedang menghadapi pertuduhan menganjur perjudian haram di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun dalam sidang akhbar yang sama Ahmad Zahid menjelaskan bahawa suratnya kepada FBI bukan surat sokongan untuk tidak mendakwa Paul Phua sebaliknya surat yang ditulis kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano pada 18 Disember tahun lepas itu adalah untuk menjelaskan status individu berkenaan.

Kata Ahmad Zahid, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara, beliau menjelaskan bahawa kumpulan kongsi gelap 14K Triad tidak wujud di Malaysia dan Paul bukanlah anggota kumpulan kongsi gelap itu di Malaysia.

Friday, 16 January 2015

KUCING SELAMATKAN BAYI..

MOSCOW 16 Jan. - Seekor kucing di Rusia dinobat­kan sebagai hero apabila menye­lamatkan nyawa seorang bayi yang baru lahir yang dibuang di sebuah pangsapuri di wilayah barat daya Rusia, daripada maut akibat cuaca sejuk.
Menurut laporan portal berita Mail Online, kejadian berkenaan ber­­laku di pangsapuri di Obninsk, wilayah Kaluga, apabila kucing yang diberi nama Marsha itu memanjat kotak berisi bayi lelaki tersebut dan memanaskan badan bayi itu selama beberapa jam dengan menjilat muka bayi itu.
Beberapa penduduk pangsapuri itu hanya menyedari kejadian tersebut apabila mendengar bunyi kucing seolah-olah sedang meminta bantuan dan tangisan bayi tersebut.
Penduduk pangsapuri itu, Nadezhda Makhovikova berkata, dia turun ke tangga apabila terdengar bunyi kucing sebelum terkejut melihat bayi lelaki itu menangis kesejukan.
Nadezhda kemudian menghu­bu­ngi pihak hospital untuk mengambil bayi berkenaan, dan kucing betina itu kemudian melarikan diri sebaik-baik kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian.
Seorang kakitangan hospital, Vera Ivanina berkata, kucing tersebut kelihatan bimbang apabila mereka mahu mengambil bayi berkenaan dan sempat mengekori paramedik itu sehingga ke ambulans.
“Bayi berusia antara dua dan tiga bulan itu berada dalam keadaan sihat walaupun terdedah kepada cuaca sejuk selama beberapa jam.
“Terima kasih kepada Marsha kerana menjaga bayi tersebut daripada mati akibat kesejukan,” katanya.
Ekoran kejadian itu, penduduk pangsapuri berkenaan melayan Marsha seperti hero dengan memberikannya makanan, manakala pihak berkuasa melancarkan gerakan mencari ibu bapa bayi lelaki itu yang kini dijaga oleh pihak hospital.- Utusan Malaysia


Monday, 12 January 2015

MH370, TRANSFORMASI UMNO, MUSIBAH BANJIR DAN LIMA 2015 ..

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan menjadi platform bagi Malaysia untuk memasarkan pendekatan kesederhanaan selaku Pengerusi ASEAN selain fokus utama dalam segmen ketenteraan.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dalam konteks dunia tanpa sempadan, pameran itu tidak seharusnya terarah kepada ketenteraan semata-mata kerana dunia perlu dipersembahkan dengan keunikan Malaysia.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan LIMA 2015 akan menjadi pameran terbaik dan terbesar berbanding edisi sebelum ini, dengan peningkatan 11 peratus penyertaan syarikat pempamer. - 

Ulasan

Pada saya DS Hishammuddin agak berani. Ini dimensi baru LIMA. Sebelum ini LIMA hanya persoalan ketenteraan. Pamer, jual dan beli. Kali ini DS Hisham mahu ia pergi lebih jauh melangkaui pemikiran perniagaan.


Saya percaya LIMA 2015 tidak sama dengan LIMA yang lalu. Cabarannya jauh lebih besar kerana ancaman keganasan, perubahan cuaca yang ekstrim dan sebagainya. DS Hishammuddin juga agak berhasil. Selepas MH370, Transformasi UMNO, Musibah banjir dan sekarang LIMA 2015.

Di sisi yang lain entah mengapa akhir akhir ada penulis veteran agak kerap mencari jalan untuk mengatakan DS Hishammuddin bahkan DS Najib juga tiada kelayakan. Ini yang menjadikan suasana makin menarik, mencabar dan insyaallah mendidik bukan yang terbabit sahaja tetapi kita jugak sebagai manusia.





Marilah kita sama memerhati perkembangan ini tambahan pula DS Hishammuddin sentiasa berkongsi apa yang dilakukannya. Sambil kita berdoa, biarlah apa sahaja yang baik untuk negara dapat kita manfaatkan bersama.

Wednesday, 7 January 2015

POLIS ROGOL WARGA CHINA.

JOHOR BAHRU - Seorang tukang kayu kerugian lebih RM20,000 apabila disamun lima lelaki mengaku sebagai anggota polis manakala rakan wanitanya dirogol dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini, malam tadi.
  
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.
  
"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
  
Sulaiman berkata, suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.
  
Beliau berkata, kesemua suspek bertindak menyelongkar rumah berkenaan dan membuka pakaian tukang kayu terbabit sebelum melarikan diri bersama lima telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000 serta barang kemas bernilai RM4,000.
  
Katanya, wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.
  
Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan. - Bernama

Ulasan


Berita ini menarik bukan kerana peristiwa samun dan rogol. Ianya menarik kerana penjenayah terbabit mengaku sebagai anggota polis. Saya  rasa perkara ini bukan pertama kali berlaku.


Sebelum ini banyak kali dah orang mengaku polis buat jenayah. Saya  nak cadangkan kepada pihak berwajib supaya penjenayah yang menyamar ini dikenakan tindakan tegas untuk kedua dua kesalahan.


Kemudian war warkan hukuman tersebut supaya tak ada yang berani menyamar lagi..

Monday, 5 January 2015

HARAKAH SIARKAN BERITA PM SAKIT UNTUK JADI BAHAN BELASAHAN DAN LAWAK JENAKA !






Najib terkena jangkitan bakteria E.coli

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkena jangkitan bakteria E.coli (Escherichia coli) semasa melawat kawasan banjir baru-baru ini.
  
Ini dinyatakan melalui catatan di laman Twitter Pejabat Media Perdana Menteri hari ini.
  
"Doktor menasihatkan perdana menteri supaya berehat susulan perkembangan itu. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," menurut catatan itu.
  
Sementara itu, Najib melalui catatan di laman Twitternye sendiri berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.
  
E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.
  
Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. -

Ulasan


Saya tidak mahu menyiarkan komen yang berkaitan namun percaya PAS tidak pernah berasa apa apa dengan apa jua apa yang disiarkan. Bahkan mereka sebenarnya memang berniat untuk malukan PM...pergilah menjengah Harakah dan berdoa agar wartawannya diberi hidayah.