Negarawan

Negarawan

Wednesday 20 August 2014

PERKAKAS POLITIK !

Sengaja saya memetik ini dari Utusan. Sejak bertahun tahun, SPRM dilabel sebagai perkakas parti tertentu. Anwar Ibrahim sangat suka menggunakan perkataan ' perkakas '. Apa jua atau siapa jua yang tidak secocok dengan nafsunya akan dikatakan perkakas politik.

Sedangkan umum tahu, SPRM sejak ditubuhkan telah banyak mendakwa sebarang perbuatan rasuah yang kini dikatakan musuh No 1 negara. Baca laporan di bawah...



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu lebih RM40,000 berhubung bayaran balik yuran kursus untuk pekerjanya, dua tahun lalu.
Kader Mohideen Basheer Ahmed, 36, yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Carltonstar Hotel Holding Sdn. Bhd., didakwa telah memberi tiga Tuntutan Geran Latihan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001 berjumlah RM41,200 kepada tiga kerani kewangan bahagian akaun dan kewangan pejabat PSMB atas nama syarikat itu.
Bapa kepada seorang anak itu didakwa membuat tuntutan bayaran balik yuran kursus 12 pekerja yang mengikuti kursus '3Q Leadership Coaching Programme' yang sebenarnya pekerja terbabit tidak menghadiri kursus tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat PSMB di sini antara 9 Ogos 2012 dan 20 Februari 2013.
Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mahamad Sukri Abu Seman mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Beliau mencadangkan tertuduh yang diwakili peguam, K.L. Yong diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan pasport diserah kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan pasport diserah kepada mahkamah.
Beliau turut menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes.


7 comments:

  1. Yang saya bimbang DS Anwar jadi perkakas Israel, Amerika.

    ReplyDelete
  2. Org yang banyak komen pasal sprm ni kaki mahkamah. silap sikit saman. kalau betul samanlah sprm, tunjukkan betul betul mereka alat umno.

    ReplyDelete
  3. SPRM DAPAT ANUGERAH ANTARRABANGSA TAHUN LEPAS. KALAU TAK BAGUS DIA TAK DAPAT

    ReplyDelete
  4. Yang tuduh pakatan. jadi layan buat apa?

    ReplyDelete
  5. Melambak dah orang kena. Menteripun sangkut. Perkakas apa?

    ReplyDelete
  6. Ini yang dikatakan permainan persepsi. Jahat Nuar ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...sya telah pun linkkan blog tuan di blog saya...mohon sekiranya tuan sudi linkkan blog saya di blog tuan ini...Terima kasih dari saya.

    www.melakapost.blogspot.com

    ReplyDelete