Negarawan

Negarawan

Monday 25 August 2014

DR MAZA BERI AMARAN, ' PKR TAK LAYAK MEMERINTAH ! '

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.
Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.
"Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.
Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.
"Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.
"Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya.
Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.
Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.
PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD).
Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.
Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.
Parti Islam itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak pencalonan tersebut. – 25 Ogos, 2014.

1 comment:

  1. Nampak sangat Asri ni penyokong PKR yang menyamar sebagai pemikir bebas politik. Siap minta maaf bagai dengan penyokong PKR sebelum membuat komen tapi kalau dengan parti pemerintah tiap-tiap ceramah akan dijaja cerita pasal kelemahan BN. Cerita yang belum tentu sahih pun diungkit-ungkit... Dah berapa kali Ustaz songsang ini kantoi memfitnah... Dah la memfitnah ...tak reti nak minta maaf.

    Kena check nih ... betul ke Ijazah Kedoktoran yang dia ada itu asli... kuat memfitnah

    ReplyDelete