Negarawan

Negarawan

Thursday, 26 March 2015

TAK TERASA BAHANG PANASNYA...

KUANTAN 25 Mac - Kementerian Pertahanan memandang serius aspek perumahan dalam mempertingkatkan taraf hidup golongan tentera di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ianya merupakan salah satu sumbangan dalam mengenang jasa warga tentera yang berjasa dalam mempertahankan negara.

"Aspek perumahan antara agenda terpenting saya, khususnya dalam mempertingkatkan taraf hidup dan keselesaan warga tentera yang telah banyak berkorban ,mencurah bakti demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta," katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan Desa Tentera Darat buat perumahan Keluarga Angkatan Tentera Sungai Panching, di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Desa Tentera Darat dibina bagi memberi keselesaan kepada anggota tentera bersama keluarga disamping menjadi tempat paling selamat kepada ahli keluarga ketika mereka keluar bertugas.





Janji untuk memperbaiki dan memperbanyakkan petempatan angkatan tentera ini sebenarnya dilontarkan pada akhir tahun 2014. Saya percaya kita semua menyedari betapa Menteri Pertahanan memang ' laju dan berkesan ' dalam melaksanakan tugasan beliau.

Jika kita melihat politik Malaysia, tentunya kita akan terasa bahang hangatnya namun DS Hishammuddin sama sekali tidak terganggu kerananya.


Thursday, 12 March 2015

PEMIMPIN UMNO TAK DE PERASAAN !


Serangan bertali arus Pakatan pimpinan DAP terhadap DS Najib dan Kerajaan UMNO/BN nampaknya tidak memberikan kesan jelas walaupun ianya menjadi berita yang kemudiannya disambut oleh tokoh tokoh UMNO sendiri termasuk Tun Mahathir yang kita kasihi.

Pakatan mempunyai dendam dan kebencian melampau kepada UMNO. DS Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri hanyalah alat mereka. Jika ditakdirkan bertukarpun ( Insyaallah tak akan berlaku ), mereka akan tetap menyerang UMNO sehinggalah UMNO hancur dan Umat Melayu hilang tempat bergantung.

Selain serangan dari luar, Pakatan pimpinan DAP mula menyerang dari dalam.
baca di sini..Sebelum itu ia terbit juga di dalam The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today. Beberapa Blog Pakatan dan pemain siber mereka dengan pantas menyambut bola tanggung ini dengan pelbagai rencah. Matlamat mereka jelas, UMNO mesti dikocak dan diganggu supaya sekurang kurangnya berlaku retak di mana mana.

DS Hishammuddin bijak apabila cepat menangkap niat Pakatan ini. Kemudian beliau mengeluarkan kenyataan.

Rakyat News di sini.. Juga disiarkan di sini..

Dan yang lebih menarik ada peristiwa penting berlaku dalam sehari dua ini.Beliau memantau Makmal Transformasi PLKN, memantau persiapan LIMA 2015.





Saya paparkan bahan ini sebagai petanda kita menghargai pemimpin kita yang sama sekali tidak ghairah dengan perebutan jawatan. Kita UMNO telah banyak belajar daripada pengalaman masalalu.

Perebutan tidak dapat tidak akan mengguris hati juga walaupun ada ramai yang rasional. Kemudian saya kagum dengan kerja kuat pemimpin UMNO dan Kerajaan. Tidak pernah berhenti daripada berusaha demi rakyat dan negara.

Kepada Orang UMNO khasnya di akar umbi. Jika pemimpin tidak ghairah,jangan kita pula yang melonjak melompat. Insyaallah, Allah akan berikan kekuatan kepada parti keramat kita.