Begitu banyak penyelewengan, begitu banyak muslihat. Banyak juga wang yang dibelanjakan. Ini ialah pendedahan jujur oleh orang yang terlibat secara langsung. Jika SPRM mengambil pendirian berdiam diri, sekali lagi akan timbul tanggapan bahawa dalam SPRM sendiri ada ramai aktivis dan penyokong Pakatan.
30 JUL: Jika PKR fikir mereka gentleman dan mahu ungkit cerita kononnya PAS patut menghormati pendirian PKR dalam isu kerusi Menteri Besar Kedah semata-mata mahu PAS sokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail jadi Menteri Besar Selangor, mereka sebenarnya membuka pekung sendiri.
Itulah padahnya apabila Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi parti Rafizi Ramli yang menghambur kemarahan kepada PAS kerana pemimpin utamanya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.
Kedua-dua mereka sudah menjolok sarang tebuan apabila bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak mendedahkan apa sebenarnya berlaku di negeri itu ketika di bawah Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU 12 pada 2008.
Muhamad Sanusi
Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan adalah tidak PKR membandingkan pergolakan di Selangor dengan keadaan politik Kedah ketika itu.
Katanya, PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi Menteri Besar Kedah pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.
“Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu… Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?
Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?
Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang,” ukar Sanusi..
Katanya, Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim.
Rafizi dan Saifuddin
“Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?,” tanya beliau.
Sanusi turut mendedahkan mengenai sikap Adun di Kedah berdepan kes kahwin dua tanpa pendaftaran dan diarah Datuk Seri Anwar Ibrahimn meletak semua jawatan walaupun Azizan berpendapat cukuplah letak jawatan Exco.
Beliaulah bertanggungjawab memujuk Adun PKR itu, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian kerana bimbang ‘dilarikan ke Putrajaya’, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya.
“Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung. PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat,” ujar beliau.
Antara kes lain terpaksa ditanggung PAS Kedah ialah membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu.
“MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?,” katanya.
Sanusi juga mendakwa PAS terpaksa mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah 24 jam secara senyap dan terbuka kerana khuatir Adun-Adun PKR membuat honar dan bertemu serta berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang, di Sungai Petani.
“Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?,”
“Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan ‘tokong’ dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!
Apa lagi PKR buat untuk Kedah?,” tanya Sanusi.
Beliau turut mendedahkan seorang Exco membuat tuntutan perjalanan bulanan melebihi gaji dan elaun sehingga pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu kepada Menteri Besar.
Katanya, Lima Adun PKR yang asal dan seorang yang menang PRK DUN Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri.
“ Tidakkah ini pelik! Tidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu,” ujarnya.
Menurut Sanusi selain menuntut kerusi Exco, berebut yang hendak jadi senator.
.”Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali,” katanya.
Katanya PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan tetapi PKR menuntut belanja program parti termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke Pilihan Raya Negeri Sarawak sehingga Menteri Besar terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya.
Kesimpulannya, Sanusi menggambarkan, PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini.
“Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam,” jelas beliau…
Justeru itu katanya, kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!- bnbbc.my