Ini kaedah dan cara berfikir Pakatan. Jika ada masalah, Menteri berkaitan wajib letak jawatan. MH 370 , PM dan Pemangku Menteri Pengangkutan didesak letak jawatan. Pencerobohan Lahat Datu, Menteri Pertahanan didesak letak jawatan.
Menariknya kaedah ini hanya terpakai kepada UMNO/BN sahaja. Di Negeri Pakatan, ia tidak terpakai. Inilah kehebatan Pakatan. Rakyat minum air kotor di Kelantan, rakyat tak cukup air di Selangor.
Terbaru 38 orang rogol dan liwat dua budak sekolah, juga di Kelantan. Tiada seorangpun pemimpin Pakatan mendesak MB Kelantan meletak jawatan.
Saya tidak fikir ada keperluan untuk Menteri Pelajaran meletakkan jawatan. Terdapat berjuta pelajar di Malaysia tetapi yang terlibat dalam kes seumpama ini tidak mencapai 1 %.
Namun begitu apabila ia berlaku, kajian dan tindakan susulan wajib diambil.Beberapa persoalan perlu ditimbulkan dan perlukan jawapan.
Misalnya bagaimana pergaduhan boleh berlaku, dirakam dan disebar?
Mengapa pelajar perempuan boleh menjadi ganas sehingga sanggup bergaduh? Apakah matlamat pendidikan kita untuk bangunkan insan perlukan penelitian semula, kaedah dan caranya.
Adakah pendidikan Agama Islam atau Moral tidak kesampaian? Apabila soalan ini ditanya, maka wajib bagi Kementerian tampil dengan penyelesaian. Walaupun terpencil tapi jiwa ganas ini bahaya untuk pembinaan negarabangsa.
No comments:
Post a Comment