Negarawan

Negarawan

Saturday, 14 June 2014

BAGAIMANA BERITA INI TERLEPAS MASUK KE DALAM HARAKAH ?

Sekali baca ia seakan menggambarkan secara mutlak kegagalan Kerajaan dan kekecewaan anggota keluarga MH 370. Jika benarpun,  setakat ini hanya satu keluarga yang tidak mahu menerima sebarang pampasan.

Maka Harakah dan beberapa Blog Pakatan telah menyiarkan laporan ini...

ALOR SETAR, 13 Jun (Bernama) -- Keluarga Chew Kar Moi, seorang daripada penumpang pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, enggan menerima bayaran pendahuluan pampasan selagi tiada bukti penemuan bangkai pesawat atau mayat Chew.

Kakaknya, Chew Kar Hui, 33, berkata keluarganya enggan menerima pampasan itu selepas diberi taklimat oleh pihak Malaysia Airlines bulan lepas.

Beliau berkata tidak ada gunanya wang pampasan itu diterima keluarganya sedangkan bukti penemuan bangkai pesawat dan mayat adiknya tidak diketahui hingga kini.

"Duit tak mampu ubati luka dan kekecewaan keluarga kami. Kami mahu terus dibela dengan meminta pihak berwajib meneruskan operasi pencarian sehingga terjumpa bukti pesawat itu," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Chew berkata keluarganya juga enggan menguruskan hal berkaitan dengan insurans walaupun Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) sebelum ini bersetuju mempermudahkan proses prosedur tuntutan.

Chew berkata keluarganya enggan melakukan sebarang proses bagi membuat tuntutan selagi kehilangan pesawat tiada sebarang berita.

"Duit bukan keutamaan buat masa kini dan kami tetap berharap dan berharap agar dia (Kar Moi) pulang dengan selamat," katanya.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin semalam mengumumkan tujuh waris pesawat MH370 iaitu enam dari Malaysia dan seorang dari China menerima pampasan sebanyak US$50,000 seorang melalui insurans syarikat penerbangan.

Pada 8 Mac lepas pesawat boeing 777-200ER yang membawa 329 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

-- BERNAMA



Kenyataan yang saya gariskan di atas sebenarnya membuktikan bahawa usaha mana mana pihak untuk memburuk burukkan kerajaan melalui peristiwa ini nyata tidak berhasil. Keluarga mangsa masih percaya bahawa kerajaan akan terus berusaha mencari MH 370.

Kebetulan, hari ini Pemangku Menteri Pengangkutan mengeluarkan kenyataan, seolah olah menjawab harapan keluarga Chew Kar Moi...

Usaha pencarian penerbangan MH370 yang hilang sejak lebih 100 hari lalu akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan bantuan negara-negara seperti China dan Australia, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).
Beliau berkata menerusi hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan dua negara terbabit serta negara Asean lain, operasi pencarian menjadi lebih mudah.
"Kita bagi jaminan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), China, Australia dan negara-negara Asean lain kepada anggota keluarga (penumpang dan kru MH370), kita bersama-sama mereka dalam usaha pencarian ini," katanya kepada pemberita hari ini
Dalam masa yang sama Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan, berkata hubungan kukuh antara negara terlibat dalam pencarian amat penting bagi menangkis dakwaan konspirasi geopolitik yang mahu melaga-lagakan Malaysia dan negara terbabit.
Pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 orang termasuk 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Pada 24 Mac, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit, penerbangan itu dipercayai "berakhir" di selatan Lautan Hindi. – Bernama, 14 Jun, 2014.

Harakah menyiarkan berita ini dan membiarkan para pembacanya menulis komen. Saya dapat melihat sebahagian daripada komen tersebut. Hampir segalanya politik. Memperlekeh, merendahkan Kerajaan.
Pembangkang seakan selalu mengharapkan malapetaka berlaku kerana melalui malapetaka mereka mengaut laba. Sebenarnya mereka salah perhitungan. Kerajaan sentiasa menjadikan apa juga masalah sebagai alat untuk berkhidmat kepada rakyat. Di sinilah letak bezanya.



20 comments:

  1. Harakah dah silap. Kejap je siarannya.

    ReplyDelete
  2. Mmg banyak benda mengelirukan. Sebab itu SAR mesti terus. Rakyat mahukan jawapan

    ReplyDelete
  3. DUIT TAK BOLEH GANTI NYAWA !

    ReplyDelete
  4. Aku sebenarnya menyampah dengan pembangkang. Menangguk di air keruh.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya lebih ramai rakyat menghargai usaha Kerajaan khasnya Pemangku Menteri Pengangkutan. Saya mengikuti juga penulisan blog pembangkang. Mereka tidak mampu menutup kerja kuat dan usaha Datuk Hishamuddin dan teamnya dalan SAR MH 370. Perkara ini tergambar dengan jelas dengan kenyataan kakak Chew Kar Moi

    ReplyDelete
  6. Sesiapa yang mengikuti MH 370 memang akan keliru dengan apa yang berlaku terutama apabila tiada sebarang petunjuk diperolehi. namun semua kita perlu akur dengan usaha Kerajaan khasnya Datuk Hishamuddin Hussein dalam meringankan bebanan fizikal, mental dan emosi para waris mangsa yang terbabit.

    ReplyDelete
  7. Harakah ni pada aku sampah.

    ReplyDelete
  8. Kagum keluarga ni. Duit bukan segalanya

    ReplyDelete
  9. Untunglah Menteri. Dapat komisen insuran

    ReplyDelete
  10. Anon 18:19, Kenyataan saudara menggambarkan rendahnya akal budi saudara. Saya tidak fikir ada Menteri yang terlalu susah sehingga mengharapkan komisyen. Bertaubatlah. Perbaiki akhlak saudara.

    ReplyDelete
  11. Segala misteri perlu jawapan. Saya rasa pesawat ini tidak terhempas. Saya doa DS Hishamuddin dapat teruskan usaha SAR. Nasib krew dan penumpang perlu diperjuangkan.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan tak berhenti berusaha mencari, Pakatan tak berhenti menghasut !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada juga dengar ceramah Pakatan tapi sekarang aku tak minat. Semua perkara yang kerajaan buat tak betul

      Delete
  13. Jaringan antarabangsa kita makin kukuh kerana peristiwa ini. Msing masing ingin mengambil pengajaran daripadanya

    ReplyDelete
  14. Pelik pembangkang Malaysia ni. Untuk dapatkan kuasa negara sanggup dikorbankan

    ReplyDelete
  15. Macam org lain aku juga harap kita akan jumpa sekurang kurang petanda MH 370. Namun aku tetap hargai kerja kuat DS Hishamuddin Tun Husin

    ReplyDelete
  16. Masyarakat Cina anggap kematian adalah sesuatu yang sensitif dan amat menyedihkan. Kami percaya jika kita menjaga kekeluargaan di dunia, kita akan bersama lagi di alam lain selepas mati. Ini faktor mengapa keluarga ini tidak mahu terburu buru menerima pampasan.

    ReplyDelete
  17. Anon 1819, hang pernah kena liwat ker? Bodoh sangat !

    ReplyDelete
  18. Anwar Ibrahim yang banyak mainkan isu ini supaya rakyat marah Kerajaan. Aku rasa Hishamuddin dah cover benda ni.

    ReplyDelete
  19. Penyakit pem angkang Malysia khasnya Nuar Brahim ialah jgn ada pemimpin umno nampak bdfpotensi kena sembelihlah jawbnya

    ReplyDelete