Negarawan

Negarawan

Tuesday, 24 June 2014

KHAIRY PEMIMPIN MASA DEPAN YANG MUNGKIN KALAH PILIHANRAYA !


Pada saya berdasarkan pandangan begitu ramai tokoh termasuk Tun Mahathir, Rang Undang Undang Harmoni jika diwujudkan menghakis segala bentuk kelebihan ( sedikit sangat ) yang orang Melayu miliki. Sebab itu orang Melayu mahu Akta Hasutan 1948 dipertahankan. Ini suara orang Melayu yang sepatutnya dibawa oleh Pemuda UMNO khasnya Khairy Jamaluddin.

Nampaknya Khairy memilih untuk beretorik, barangkali nak tunjukkan wajah pemimpin 1 Malaysia. Baca artikel siaran Mkini...Khairy mungkin pemimpin masa depan, mungkin tetapi jika melukakan hati orang Melayu, saya tidak fikir Khairy boleh menang pilihanraya, begitu juga UMNO.


KJ: Akta baru mesti lindungi semua agama

9  

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menghantar memorandum kepada kerajaan bagi memperhalusi serta melindungi beberapa perkara di dalam Akta Hasutan 1948 sebelum digantikan dengan Akta Harmoni Nasional.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sebelum Akta Harmoni Nasional diluluskan bagi mengelakkan isu-isu sensitif terutama berkaitan kedudukan agama dan bangsa dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Maksudnya Akta Hasutan (1948) selama ini menjadi perisai kepada perkara-perkara yang asas dan sensitif dan saya harap dalam akta baharu, turut diberi perlindungan yang sama kepada semua rakyat Malaysia.

"Bukan hanya kita harap ada perlindungan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi apa sahaja kenyataan atau tindakan yang menghina mana-mana agama mestilah menjadi satu kesalahan di bawah akta baharu ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco sayap pergerakan tersebut di Kuala Lumpur, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada sidang Dewan Negara 30 Mei lepas mengumumkan tiga draf rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.( Mkini )

No comments:

Post a Comment