Di bawah ini beritanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Ini salah satu kes saman yang dimenangi Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya pejuang kebebasan dan hak bersuara. Sebelum ini Anwar pernah menyaman Tun Mahathir dan beliau kalah dalam saman tersebut.
Apa signifikannya berita ini? Saya dan ramai lagi yang berada di luar sana benar benar berharap saman DS Najib kepada Malaysiakini menjadi kenyataan.
Dah banyak kerosakan yang mereka lakukan. Menyebar fitnah, mencetus persepsi dan akhirnya menjadi kepercayaan.
Jika DS Najib berundur dalam kes ini, saya percaya berjuta rakyat akan kecewa. Saya tidak mahu mengulas kes Anwar vs Papagomo tetapi mahu DS Najib belajar daripadanya.
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini Khamis menetapkan 20 Jun untuk keputusan permohonan pengendali blog Papa Gomo menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM850,000 kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar setelah mendengar hujahan daripada peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo), yang mewakili diri sendiri.
Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.- Bernama
Salam saudara, aku mula mula yakin tapi bila tau Raof ada sama, potonglah. Aku jangka benda ni sekerat jalan .
ReplyDelete