Negarawan

Negarawan

Tuesday 10 June 2014

RAKYAT KELANTAN TAK KAN MAAFKAN KEZALIMAN KERAJAAN UMNO INI !!

PUSAT PERUNTUKKAN RM 68 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN ISLAM DI KELANTAN .

KOTA BHARU 10 Jun - Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM68.5 juta tahun ini kepada Kerajaan Pas Kelantan bagi membantu memartabatkan syiar Islam di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, peruntukan tersebut untuk pembayaran kepada penggerak Islam di negeri ini.
Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membayar elaun kepada imam-imam, guru takmir, guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Pengawal Penyelaras Masjid Jajahan.

"Peruntukan itu yang disalurkan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan memberi manfaat kepada lebih 6,432 penggerak Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid Mukim Kelantan di Balai Islam Lundang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Saya pasti PAS akan sedaya upaya menyembunyikan fakta ini sebagaimana tahun tahun sebelumnya. Apapun saya fikir peruntukan ini sebahagiannya kerana hikmah YAB Menteri Besar Kelantan yang baru.


                                   Tenang, bijak...

No comments:

Post a Comment