Negarawan

Negarawan

Tuesday, 3 June 2014

SEBAB MENGAPA UMNO P PINANG LEMAH TERBONGKAR !

Ini sangat malang. Saya dapat rasakan bahawa Datuk Jahara Hamid telah lakukan kesilapan cukup besar. Ini amat menyedihkan kerana suara orang Melayu di Pulau Pinang sangat kecil. Jika suara kecil ini pula amat lemah, saya percaya orang Melayu di Pulau Pinang sedang berdepan mala petaka.
Isu ADUN Seri Delima menghina orang Melayu bukan isu ADUN UMNO Pulau Pinang. Ini isu penghinaan kepada seluruh umat Melayu di Tanah Melayu ini.
ADUN UMNO Pulau Pinang tidak wajar mewakili seluruh umat Melayu.Tiada sesiapapun melantik ADUN Pulau Pinang untuk menerima maaf Reyer. Jangan berjiwa kecil, perjuangan baru bermula dan wajib diteruskan !

ADUN Umno Pulau Pinang sedia memaafkan ADUN Seri Delima R.S.N Rayer sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas kesal atas kelantangannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid.
    
Beliau turut meminta Rayer supaya tidak mempermainkan isu permohonan maafnya itu.
    
"Mengapa Rayer perlu menunggu sehingga enam bulan (sesi persidangan DUN yang akan datang) untuk memohon maaf? Sekiranya beliau seorang yang budiman, permohonan maaf itu boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.
    
Jahara mengulas kenyataan Rayer semalam dalam The Malaysian Insider yang memetik beliau sebagai berkata "sekiranya ada pihak yang mendesak mahukannya menarik balik ungkapan beliau, ia harus dibuat semasa sidang DUN yang akan datang".
    
Rayer mengatakan "Umno Celaka" dalam ucapannya pada persidangan DUN 20 Mei lepas yang mencetuskan insiden rempuh masuk bangunan DUN oleh sekumpulan pemuda sehari selepas itu.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Pulau Pinang turut membuat laporan polis terhadap Rayer kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam beberapa ceramah kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, baru-baru ini.
    
Jahara menyifatkan Rayer sebagai seorang ahli politik yang penakut kerana hanya berani berselindung di belakang tabir imuniti Dewan.

No comments:

Post a Comment