Negarawan
Wednesday, 18 June 2014
MUSUH DALAM SELIMUT BUKAN SEKADAR MILITAN, DATUK SERI..
Video di atas adalah komen Menteri Pertahanan terhadap seorang anggota TLDM yang disyaki sebagai anggota kumpulan militan atau pengganas. Sebagai rakyat saya berasa lega dengan jaminan Datuk Seri Hishamuddin bahawa pasti musuh dalam selimut tidak akan terlepas daripada tindakan.
Cuma saya mempunyai harapan yang lain. Selain Menteri dan Pemangku Menteri Datuk Seri juga adalah Naib Presiden UMNO, parti tunjang kepada Kerajaan semasa. Saya berat hati ingin menyatakan sebagai akar umbi yang jelas tunjangnya, berpaksi sifatnya, saya merasakan bahawa UMNO juga mempunyai musuh dalam selimut.
Apabila ada isu isu pokok perjuangan UMNO asalnya, misalnya soal ketuanan Melayu, soal hak istimewa Melayu, kedaulatan Raja Raja Melayu ditimbulkan, akan ada pemimpin UMNO sendiri yang tampil di pentas terbuka menolaknya maka saya berasa perbuatan ini adalah menggunting selimut.
Apabila ada pemimpin tertinggi Kementerian atau Jabatan Kerajaan lambat menjayakan sesuatu dasar untuk kepentingan Melayu, mereka juga termasuk dalam senarai musuh dalam selimut.
Apabila ada orang orang tertentu dalam UMNO, menafikan peluang ' mempertahankan ' UMNO misalnya melalui saluran undang undang, maka mereka juga adalah musuh dalam selimut UMNO, Datuk Seri.
Khasnya menjelang Pemilihan UMNO yang lalu ada individu atau kumpulan yang bekerja keras merosakkan nama dan imej pemimpin tertentu untuk menaikkan pemimpin tertentu pula ( Sedangkan semuanya dalam keluarga UMNO ), saya fikir sekali lagi kita membiarkan musuh dalam selimut kita berkembang. Mereka membentuk persepsi buruk yang akhirnya digunakan oleh pembangkang sebagai modal kempen pilihanraya.
Makanya Datuk Seri, setelah melihat Datuk Seri begitu berkesan khasnya selepas MH370, kekuatan dan komitmen yang sama saya harap digunakan untuk menghapuskan segala musuh dalam selimut UMNO, sementara masih ada sedikit masa sebelum Perang PRU 14 menjelang tiba.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setuju sangat. UMNO perlukan perhatian serius.
ReplyDeleteMusuh Kerajaan kena umum. Musuh UMNO isu dalaman parti. Tindakan diambil secara senyap. Kalau bising bising jadi PKRlah.
ReplyDeleteDS Hishamuddin sangat berani dengan kenyataannya. Tak usah mengelak dan hadapi dan atasi masalah. Cuma jangan sibuk sangat dengan kerajaan sehingga mengabaikan parti yang menjadi pokok perjuangan selama ini.
ReplyDeleteSetuju dengan penulis. Untuk kuatkan kerajaan UMNO perlu dikukuhkan. UMNO hanya akan kukuh jika pemimpin dan ahlinya sama sama ikhlas.
ReplyDeleteSaya pertama kali jadi wakil Cawangan ke Persidangan Bahagian tahun lalu. Memang mengejutkan bila ada ahli UMNO tergamak memburuk burukkan pemimpin tertentu untuk pastikan kemenangan orang mereka sukai.
ReplyDeleteDS Hishamuddin sudah pernah teruji. Sewaktu jadi Menteri KDN Hishamuddin diserang dengan teruk. Hakikatnya, pengganti beliau lebih gagal lagi kerana terlalu banyak perkara sensitif tidak dapat diselesaikan. Jangan lagi salah menyalah, buat pembetulan. Jika pemimpin perbaiki diri, ahli akan ikut contoh itu.
ReplyDeleteSaya rasa macam umno dah tak de masa depan. Masa pemilihan aktif, masa PRU sejuk!
ReplyDeleteNegara berada dalam risiko. Hishamuddin memang patut bertegas menangani masalah ini.
ReplyDeleteWELL DONE! TERUSKAN HISHAM !
ReplyDeleteJangan lembek lagi Hisham. Cergas, macam ko handle MH 370. Baru orang respek. Sekarang kalo ada orang kutuk ko, biarkan. Mereka dengki sebab mereka tak berkembang !
ReplyDeleteUMNO KUAT KERAJAAN KUAT, UMNO LEMAH KERAJAAN TUMBANG !
ReplyDeleteMelihat Umno pulih adalah harapan semua. Kita harap Datuk Hisham serius melihat perkara ini
ReplyDeleteAku percaya Datuk Seri Hishamuddin boleh lakukannya. Kita ni nak nilai org layak atau tidak jadi pemimpin, tgk anak bini depa.
ReplyDeleteAku perhati lama dah. Ada pemimpin umno bertindak macam tak sayang parti, nak tunjuk liberral. Contohnya saifudin abdullah. Tak guna lah dia nih !
ReplyDeleteCina , India berani kurang ajar kerana mereka tau UMNO lemah. Buatlah sesuatu
ReplyDeleteKuat lemah UMNO, kita yang tentukan. Kalau nak curang baik keluar masuk Pakatan. Senang kita berkelahi.
ReplyDeleteAku ni keturun orang umno. Aku mmg harap umno bertahan. Mana ada pilihan lagi, tapi UMno tak usahlah berebut. Kalau katakan selepas ini Hishamudin apa salah kita sokong bagi kekuatan. Dia dah lama, tak dengar ada isu peribadi kecuali yang diada adakan. kalau elok berpakat, aku yakin Umno akan maintain punya.
ReplyDeleteBerpada padalah berpolitik. UMNO sudah banyak berjasa dan banyak lagi perlu dilakukan. Mari kita sama sama jaga UMNO supaya ia boleh kekal untuk anak cucu kita. Pemimpin silih berganti, UMNO kekal berbakti.
ReplyDeleteJika dalam ATM ada pengkhianat maknanya kita mungkin dalam bahaya.
ReplyDeleteModul latihan ATM patut dikaji
ReplyDeleteDatuk Hishamuddin adalah Naib Presiden UMNO termuda. Jika diberi peluang saya yakin beliau boleh memimpin pembetulan ke atas umno asalkan tiada niat untuk jatuh menjatuh sesama sendiri
ReplyDeleteLepas ni kita tgk, umno berebut ke tak
ReplyDeleteSesekali fikir rasa takut apa nak jadi dengan UMNO. Politik kuat sangat
ReplyDeleteAda Naib Presiden dalam UMNO nak langgar Hisahm dan Muhyiddin...segalanya sudah diatur...tak percaya check susunan dan lantikan biro2 di peringkat UMNO negeri...
ReplyDelete