Negarawan
Wednesday, 7 May 2014
UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG SEPENUHNYA SELEPAS PRU 14.
Semalam sewaktu minum petang bersama teman teman, ada isu dibincangkan yang agak pahit untuk ditelan tetapi kita tiada pilihan selain terpaksa menelannya.
Reformis Malaysia
Seorang teman menyatakan UMNO akan menjadi pembangkang selepas PRU 14 apabila kehilangan lebih banyak kerusi berbanding PRU 13. Beliau siap memberikan beberapa alasan yang kepada saya agak munasabah.
Antaranya :
1. Selepas PRU 13, bilamana Orang Cina secara bulat meninggalkan BN,UMNO masih berusaha menawan hati orang Cina dengan pelbagai cara.
2. Walaupun pemimpin kita tahu Kerajaan UMNO ini diselamatkan oleh orang Melayu khasnya, namun UMNO tidak pernah menunjukkan sikap berterima kasih kepada orang Melayu khasnya di kampung kampung.
3. Selepas setahun ' nyaris tumbang ' iaitu pada PRU 13, tidak nampakpun UMNO turun ke bawah secara agresif bertemu akar umbi dan cuba merasai denyut nadi meeka.
4. Pemimpin UMNO dan sayap di peringkat cawangan tidak pernah dipanggil, dijemput untuk taklimat ' istimewa' berkaitan isu semasa khasnya GST yang sampai sekarang sukar difahami, isu hudud dan sebagainya.
5. Berbanding zaman Tun Mahathir atau sebelumnya, pemimpin UMNO khasnya di akar umbi sekarang tidak pernah berbangga menjadi pemimpin cawangan. Dulu pemimpin akar umbi sering dipanggil agar mereka berasa sebagai sebahagian daripada pemimpin.
6. UMNO khasnya di akar umbi sangat perlahan bertindak melawan tohmahan, persepsi lawan. Kadangkala tohmahan dan fitnah seakan benar apabila ia tidak dijawab. UMNO di bawah rasa seakan akan Kerajaan UMNO ini kerajaan yang tiada kuasa.
Teman saya menyatakan, anak anaknya sendiri lebih cenderung kepada pembangkang sebahagiannya kerana mereka nampak pemimpin muda pembangkang aktif dan sentiasa memperjuangkan isu kebajikan rakyat.
Saya tak tau sejauh mana ' perasaan ' teman saya ini dikongsi oleh orang UMNO yang lain. Tetapi saya percaya pucuk pimpinan saya fikir tidak boleh memandang ringan perkara perkara sebegini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mintak simpang
ReplyDeleteRisau ini adalah emosi yang perlu bagi UMNO untuk jaga kepentingan parti lebih daripada kepentingan yang lain
ReplyDeleteNajib pernah sebut UMNO tidak kebal. Sekarang dah mula nampak tanda tandanya.
ReplyDeleteYang penting UMNO jangan belaga sesama sendiri.
ReplyDelete