Negarawan

Negarawan

Monday, 19 May 2014

SELEPAS NAJIB, ANWAR IBRAHIM BAKAL SAMAN MALAYSIAKINI !

Saya salin artikel ini sepenuhnya daripada portal tajaan Pakatan bersama pemodal antarabangsa, Malaysiakini . Tiada satu hurufpun saya ubah supaya tidak wujud keraguan. Mengapa? Saya sekadar ingin berkongsi bahawa sekuat manapun racun ditaburkan bagi membuktikan kegagalan, kepincangan Kerajaan khasnya Pemangku Menteri Pengangkutan mengendalikan ' MH 370 ', umum terutama para waris penumpang dan krew MH 370 ' yakin dan percaya ' bahawa Malaysia telah melakukan segalanya.
Seorang waris kepada anak kapal pesawat MH370 meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghalang usaha seorang pengarah filem erotis dari India yang didakwa menggarap tragedi yang menimpa pesawat malang itu melalui satu karya filem.
Anak kepada ketua pramugara penerbangan tersebut, Maira Elizabeth Nari berkata filem itu bukan sahaja tidak sensitif kepada perasaan waris anak kapal dan penumpang, tetapi juga tidak menggambarkan situasi sebenar.

Maira dalam tulisannya di Twitter itu mengulas mengenai sedutan filem 'The Vanishing Act', yang mencetus kontroversi apabila dipromosi di Festival Filem Cannes, pada hari Khamis lalu.

“Tolong lakukan sesuatu terhadap filem ini dan pengarahnya, ia sangat tidak sensitif dan saya rasa marah betul!

“Apa yang nak kamu buktikan?,” katanya lagi dalam satu kenyataan yang dimuatkan di laman sosial tersebut.

Beliau menujukan tulisan tersebut kepada Najib dan juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Twitter.
Tambahnya, beliau berharap agar kerajaan akan mengambil tindakan ke atas filem arahan pengarah warga India, Rupesh Paul, yang sebelum ini popular sebagai pengarah filem erotis tersohor Kamasutra 3D (2014).

"Saya rasa jijik dengan filem ini, Rupesh Paul. Ia sangat tidak sensitif. Bolehkah kamu menghormati waris (penumpang dan anak kapal) MH370? (Gambaran dalam filem ini) bukan cara anak kapal bekerja. Saya mahu kerajaan lakukan sesuatu terhadap filem ini.

“Ia bukan satu tontonan yang menghiburkan. Tolonglah, pernahkah kamu fikir apa yang kami rasa dan fikir tentang filem itu.

"Sebelum kamu lakukan atau katakan sesuatu mengenai MH370. Fikirkan dulu macamana perasaan kami. Saya rasa begitu marah,” katanya seperti dipetik dalam tulisan tersebut.

Sentimen sama turut ditunjukkan oleh pengguna Youtube yang meninggalkan komen di laman sedutan tersebut.

Seorang daripadanya, Amina Jannah berpendapat, pengarah filem berkenaan hanya ingin mencari populariti murahan dengan karya tersebut.

Beliau antara lainnya merujuk kepada beberapa babak yang ditonjolkan dalam sedutan berkenaan – antaranya adegan intim di antara anak kapal terbabit semasa penerbangan.

“Ini filem yang sangat teruk. Apa yang kamu mahu sampaikan melalui aksi bercium? MH370 bukan macam itu! Saya marah. Ini selalu terjadi bila pengarah hanya nakkan populariti murahan. Sangat memalukan," katanya.

Sedutan filem sepanjang 1 minit 33 saat itu menonjolkan pesawat Malaysia Airlines Boeing 747 berlepas di satu lapangan terbang dan tulisan "Kuala Lumpur ke Beijing", dan juga adegan-adegan dalam pesawat tersebut.

Ia juga menunjukkan keterangan "01:07 Data terakhir diterima" dan "01.19 Perhubungan suara terakhir", "01:21 Perhubungan radar terakhir" dan "01.22 Transponder berhenti beroperasi" dan "Mentafsir misteri MH370".

Ia turut menunjukkan keadaan cemas apabila seorang pramugari terjatuh semasa penerbangan dan juga adegan seorang individu memegang senjata api.

Seorang pengarah bersekutu filem tersebut, Sritama Dutta dalam satu laporan agensi AP pada hari Jumaat lalu menafikan bahawa filem tersebut mempunyai persamaan dengan kes kehilangan pesawat MH370.

Satu-satunya persamaan antara filem berkenaan dan tragedi tersebut adalah kejadian kehilangan pesawat, katanya yang menambah, sebarang usaha untuk mencerminkan fakta dalam filem tersebut tidak praktikal.

"Kami tidak mampu mengikuti fakta sebenar, ianya berubah setiap hari," katanya seperti dilaporkan agensi tersebut.

Pencarian pesawat MH370 yang masuk hari ke-73 hari ini masih belum membuahkan sebarang hasil.
Maira Elizabeth Nari adalah anak yang tulus. Selain berharap ayahnya kembali, Maira tetap kukuh menjaga maruah ayahnya tidak kira di mana dan apa telah berlaku sebenarnya. Maira dan saya yakin ramai yang lain percaya bahawa Najib, Hishamuddin dan Kerajaan akan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk membantunya. Inilah pengiktirafan dan inilah ketakutan sebenar Pakatan.
Malaysiakini juga mungkin tersilap. Di atas segala sinis dan usaha menjatuhkan imej Kerajaan, Najib dan Hishamuddin, tiba tiba ia tersasar melaporkan satu penghargaan dan pengiktirafan.
 

17 comments:

  1. Berbulu Nuar Brahim. Siaplah wartawan yang tulis artikel ni. " I saman you, I saman you ! ". Hah ! hah ! hah!

    ReplyDelete
  2. Saya merayu Kerajaan, teruslah melakukan kebaikan. Hakim yang sebenarnya adalah Allah. Jangan bimbang dengan serangan dan tohmahan manusia.

    ReplyDelete
  3. Ini yg dikatakan akhlak. Mencari untung dari kesedihan org lain. Sama keadaannya dgn pembangkang di Msia

    ReplyDelete
  4. Najib dan Hishamuddin ni gabungan mantap. Cuma perancangan harus bijak

    ReplyDelete
  5. Malaysiakini ni perkakas Pakatan. Mungkin artikel ini dia tak terfikir kot. Kredit kepada Kerajaan

    ReplyDelete
  6. Kita boleh nampak keikhlasan Hishamuddin sewaktu krisis MH 370. Kalau berlakon, ia tak kan menjadi. Sebab itu anak Ketua Pramugara ini masih bergantung harap kepada beliau.

    ReplyDelete
  7. Saya harap Najib betul betul nak saman Mkini

    ReplyDelete
  8. Byk perkara masih jadi tandatanya. Ada pihak ambik kesempatan. Kerajaan kena sekat filem ini. Demi waris dan rakyat yg simpati

    ReplyDelete
  9. Kalau masalah macam ini kena panggil lawyer PKRlah. Saman org buat filem ni. Blh buat duit.

    ReplyDelete
  10. Memang melampau! Memang patut kena saman. Hishamuddin menjalankan tugas beliau dengan sebaiknya, ahli keluarga mangsa masih menaruh harapan terhadap beliau

    ReplyDelete
  11. Yang ni saya bangga. Bila anak ini merujuk Najib dan Hishamuddin, maknanya pengharapan mereka amat tinggi.

    ReplyDelete
  12. Orang yang takde kena mengena(ahli keluarga) mangsa MH370 yang lebih2, sedangkan ahli keluarga mangsa sendiri yakin & percaya dengan usaha Kerajaan terutama Hishamuddin

    ReplyDelete
  13. Hishamuddin sama2 menanggung kesedihan keluarga mangsa..beliau adalah antara orang yang paling memahami keadaan

    ReplyDelete
  14. Hishamuddin nampak bersungguh2 jaga kepentingan ahli keluarga mangsa....

    ReplyDelete
  15. Orang yang tak berakhlak, mcm ni la jadinya

    ReplyDelete
  16. Keluarga mangsa nampak sgt mengharapkan Hishamuddin & kerajaan Malaysia dlm mister MH370

    ReplyDelete
  17. Aku tak faham la kalau sekarang ni ada lagi yang masih kata Hishamuddin ni berlakon.

    ReplyDelete