Negarawan
Monday, 26 May 2014
PRK TELUK INTAN, RAHSIA BESAR TERBONGKAR!! DYANA PERNAH BERKAHWIN DAN PUNYA ANAK !!
'Calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofea sebenarnya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun. Bagaimanapun Dyana memilih untuk berpisah apabila mula bergiat aktif dalam politik DAP !'
Kenyataan di atas adalah rekaan semata mata. Ia boleh sahaja dilakukan oleh sesiapapun supaya ia menjadi menarik dan malangnya orang UMNO percaya ia menjadi ' faktor menolak' bagi Dyana Sofea, calon DAP.
Saya perhatikan Jentera UMNO ( sebenarnya BN hampir tiada jentera, MIC ada sedikit gerakan ), amat mengharapkan kemenangan dengan faktor menolak calon. Saya membuat sedikit pemerhatian, pengundi pembangkang khasnya Cina tahu PAS lemah dan tidak berkebolehan, mereka tetap undi PAS. Cina tahu Anwar Ibrahim penipu dan tidak bermoral, mereka tetap sokong Anwar !
Mereka mengundi DAP dan mahu UMNO mati. Ini hakikatnya yang walaupun pahit tetap terpaksa ditelan. Mereka tak peduli walaupun calon Pakatan itu biawak sekalipun mereka tetap akan berikan undi. Mereka undi PAS demi DAP, mereka undi PKR demi DAP.
Saya sempat ke Teluk Intan. Saya ingin katakan kerja belum sampai ke peringkat 60%.Jentera wajib menemui semua pengundi Melayu dan India. Semua, walaupun di tangan mereka memegang bendera DAP. Hati mereka belum tentu lagi.
Anak anak muda yang bekerja di kebun kelapa sawit, pemandu lori, pembantu kedai mengaku belum ditemui. Temui mereka dan mereka akan berikan undi. Ada peratusan kecil Cina tua, nyonya dan apek yang punya hubungan lama dengan orang Melayu. Mereka ini tidak suka cara Lim Kit Siang khasnya bila bawak ' budak perempuan' jadi calon. Temui mereka, rayu mereka.
Pedulikan siapa Dyana. Pedulikan dia khianat. Pedulikan ibunya yang derhaka kepada parti. Saya dapat melihat ada sedikit cahaya di Teluk Intan. Ia bergantung kepada kerja buat jentera. Masa masih ada dan sebenarnya cukup jika jentera bekerja 24 jam sehari.
Jika menang BN di Teluk Intan, sejarah baru sebenarnya terbentuk. Sejarah yang akan mengubah lanskap politik kita. Jika BN menang kali ini maknanya Malaysian Malaysia akan tertangguh, sekurang kurangnya untuk dua tiga kali PRU lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jentera BN mesti masuk kem Cina. Ada ramai warga tua yang diabaikan perlu bantuan kebajikan masyarakat atau bantuan perubatan. Dapatkan undi mereka kerana DAP tak pernah tolong mereka.
ReplyDeleteJentera BN slow.
ReplyDeleteBN akan kalah di teluk intan....itu hakikatnya .....kekalahan 132 undi.....Cina akan sokong DAP...itu dah pasti....
ReplyDelete