Negarawan

Negarawan

Friday, 16 May 2014

BN AKAN KALAH DI TELUK INTAN !


Saya jangka ada orang tak gembira dengan kenyataan ini. Bunyi macam pesimis tetapi inilah realitinya. Saya sempat berjumpa beberapa orang pemimpin UMNO di Teluk Intan. Walau siapapun calon BN nanti, saya percaya Komponen BN tidak akan berjaya mewujudkan jentera mereka.
Agihan Pengundi Mengikut Kaum
Cina                        - 43 %
Melayu                    - 37 %
India                        - 19 %
Lain lain                   - 1 %

Fakta yang wajib diketahui
1. Selepas pemilihan UMNO 2013, UMNO Teluk Intan tiada sebarang program
2. Sehingga setahun selepas PRU 13, UMNO tidak dapat menentukan berapa pengundi puteh, hitam dan kelabu mereka.
3. Sehingga artikel ini ditulis JR, Pemuda dan Puteri UMNO belum memperincikan gerak kerja mereka. Dan dijangka gerak kerja yang akan mereka lakukan ialah berasaskan ' jangkaan ' manakala pertemuan bersemuka hampir pasti tidak dapat dilakukan dengan berkesan.

Saya jangka kita akan menawan 3 % pengundi Cina , 55 % pengundi Melayu dan 70 % pengundi India. Jika ini benar maknanya kita telah kalah di atas kertas. Apapun sesuatu yang luar biasa boleh berlaku jika UMNO mahu bekerja di luar kebiasaan.
Mendiang Wakil DAP sebelum ini telah tidak berfungsi. Banyak perkara tidak selesai. Jika jentera kita dapat berjumpa secara bersemuka sekurang kurangnya 90 % pengundi, keputusan mungkin berubah. Sebaliknya jika UMNO percaya ceramah kepada ' orang orang UMNO ' akan memberi makna maka bersedialah untuk kalah.





4 comments:

  1. LETAK CALON UMNO. MCA DAN GERAKAN PERLU MASA UNTUK PERKEMASKAN PARTI MASING MASING.

    ReplyDelete
  2. Dalam politik macam macam blh jadi. Berani hadapi cabaran

    ReplyDelete
  3. Setuju. Letak calon Umno lawan gundek Kit Siang !

    ReplyDelete
  4. Lawan tetap lawan.

    ReplyDelete