Negarawan

Negarawan

Tuesday 13 May 2014

DATUK SERI NAJIB, BERSUARALAH !

Apa yang kita bimbangi telahpun berlaku. Luka di Terengganu, darahnya percik ke seluruh negara. Saya tidak bercadang untuk mengeruhkan keadaan . Saya percaya rakyat khasnya orang UMNO sedang menunggu.

Saya mohon mencadang. Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri wajar mengeluarkan kenyataan. Nyatakan apa yang berlaku. Jika benar kerana terpaksa juga meletakkan jawatan hari sedangkan Ahmad Said merayu diberi masa, maka berilah beliau masa. Sekurang kurangnya selepas beliau kenduri.

Dua ADUN lagi memenangi Kerusi masing masing kerana UMNO, bukan kerana Ahmad Said. Tidak bersetuju adalah ' manusia'. Rasa simpati, kasihan adalah normal.Barangkali setiakawan jadi pegangan.

Namun parti tidak boleh menjadi korban. Akar umbi diminta setia tetapi adakah pucuk pimpinan juga mempunyai kesetiaan yang sama ? Hakikatnya orang UMNO sedang kecewa dengan apa yang berlaku.

DS Najib wajib bercakap. Ku Nan bukan Presiden Parti atau Perdana Menteri. Saya percaya orang UMNO kukuh di belakang DS Najib selagi beliau berada di landasan.

1 comment:

  1. Sayapun sedang menunggu. Harap Datuk Najib dapat membuat kenyataan rasmi.

    ReplyDelete