Negarawan

Negarawan

Saturday, 3 May 2014

A. KADIR JASIN, APA YANG KITA NAMPAK BANYAK BERGANTUNG KEPADA APA YANG ADA DALAM DIRI KITA !

Mari menilai setahun mandat PRU13 – A Kadir Jasin
Demikian masa berlalu. Perjalanan kita mengikut ukuran masa dan jarak semakin jauh. Nenek moyang kita berkata, jauh perjalanan luas pemandangan.
Baru-baru ini saya terserempak dengan seorang guru Melayu dari Kuantan, di sebuah negara kafir. Tanpa sebarang provokasi, dia berkata Kuantan dilanda banjir besar baru-baru ini, tetapi Alhamdulillah rumahnya tidak terbabit.
Dia katakan kepada saya yang dia sangat teruja dengan tata tertib, disiplin dan kemesraan rakyat negara kafir itu. Katanya, pekerja kedai dan pelayan mesra melayan pelanggan dengan mengucapkan selamat dan terima kasih walaupun pelanggan tidak membeli apa-apa barang di kedai mereka.
Pembahas Awang Batu Burok pula, dalam komennya berkata: “Ummat islam hanya akan dihurmati apabila kita berakhlak dengan islam. Kalau siang malam menipu, songlap harta rakyat, berlaku zalim hatta kpd umat islam sendiri (rampasan royalti petroleum terengganu dan kelantan) jgn kita harapkan org bukan islam menghormati pemimpin org islam yg korup dan khianat kpd amanah rakyat.....ini lah bala dan kehinaan yg Allah SWT peringatkan dlm kitab AlQuran. Nauzubillah."
Pembahas MSH pula, antara lain, mengulas: “Sy faham dan akur bahawa...cara pentadbiran pemerintah yg mampu memberi kejayaan kpd sesebuah negara.
"Majunya sesebuah negara itu terhasil dari pentadbirnya yg cekap... bijak... amanah... serta berwawasan.”
Pembahas OKJ pula, antara lain, berkata: “Saya baru je membaca report MH370 yg dikeluarkan. Bagi sayalah, tak professional langsung dan banyak lompang-lompang dan juga clue-clue yg diabaikan. Patutlah tak jumpa-jumpa sampai sekarang.
"Apa kata kalau saya cadangkan Dato’ kupas sedikit mengenai report tersebut.”
Saya tidak bercadang mengulas panjang mengenai mana-mana tajuk yang mereka dan pembahas lain sebutkan.
Kepada cikgu dari Kuantan yang hadir graduation anak perempuannya di negara kafir itu, saya ulangi kenyataan yang saya buat banyak kali sebelum ini, iaitu:
“Kalau pada suatu pagi yang berakah penduduk New Zealand dan Switzerland bangun dan mendapat hidayah untuk mengucap dua kalimah syahadat, maka dua negara kafir itu serta-merta menjadi negara dan tamadun Islam seperti yang dikehendaki al-Quran – maju, berdisiplin, timbang rasa dan sama rata.”
Sebaliknya, saya rasa mungkin ini masa terbaik bagi para pembaca dan pembahas mengemukakan pendapat dan berbincang secara terperinci dan berhemah mengenai keadaan negara kita, kerana beberapa hari lagi, iaitu pada pada 6 Mei, genaplah setahun Mohd Najib Abdul Razak memerintah negara dengan mandatnya sendiri setelah menang Pilihan Raya Umum 2013.
Saya serahkan kepada kebijaksanaan dan komitmen para pembaca serta pembahas untuk membuat analisis dan kesimpulan mengenai pencapaian Mohd Najib sebagai Perdana Menteri sejak 2009, khususnya selepas PRU2013.
Saya yakin ramai pembaca dan pembahas masih ingat kepada riuh-rendah dan hiruk-pikuk kita dipersembahkan dengan ikrar KPI, NKRA, keterangkuman, transformasi, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, serta banyak lagi slogan dan motto.
Pembaca dan pembahas bolehlah memberi penarafan (rating) kepada Perdana Menteri menggunakan ukuran-ukuran di atas.
Terpulanglah kepada pembaca dan pembahas untuk menyatakan sama ada puas hati atau tidak puas hati dengan pencapaian Mohd Najib dan apa yang berlaku kepada negara sejak beliau jadi Perdana Menteri lebih lima tahun lalu. – kadirjasin.blogspot.com, 3 Mei, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Ulasan - Saya membaca catatan A Kadir Jasin ini dalam The Malaysian Insider. Saya merahkan sebahagian daripada ' bukti ' yang A Kadir perturunkan untuk mengukuhkan apa yang ada dalam minda dan hatinya. Ada merah yang saya gariskan sebab amat kontras sifatnya. Dalam segala kekurangan, anak kepada siAnu dapat pula belajar di luar negara.
Saya cuba bersangka baik. Sebagai orang hebat A Kadir mahu berada di luar kotak. Malang di luar kota itu banyak sangat sampah dan durinya. Kalau boleh saya menyeru, kembalilah ke dalam kotak,barangkali agak sempit tetapi kita selamat di situ...

4 comments:

  1. A Kadir Jasin bukan orang biasa. Sepatutnya jika ada teguran, beliau boleh berdepan dengan mana mana pemimpin pun. Teguran membina sangat baik untuk penambahbaikan. Menulis dalam Portal seperti ini nampaknya macam tidak begitu jujur.

    ReplyDelete
  2. Akhir akhir ini A Kadir banyak mengkritik. Sebahagiannya berbaur dendam. Saya fikir lebih baik A Kadir lebih berhemah. Pemimpin perlu teguran tapi cara kena lebih budiman.

    ReplyDelete
  3. A Kadir nama besar. Saya rasa dia tak patut tulis benda kecil bersandar emosi samada emosi sendiri atau orang lain

    ReplyDelete
  4. sedap bunyinya..mungkin kotak itu sempit tapi kita selamat di situ..

    ReplyDelete