Warga Singapura Buat Laporan Polis Nasi Goreng Terlalu Pedas Di Johor
JOHOR BAHRU: Seorang warga Singapura membuat laporan polis kerana sepinggan nasi goreng kampung yang dimakannya di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Timbalan dekat sini "terlalu pedas".
Lelaki itu, Lau Thiam Huat, 63, mendakwa nasi goreng kampung yang dipesannya itu terlalu panas dan pedas "sehingga ke hari ini saya rasa pedas nasi goreng yang dimakan semalam".
Lelaki tersebut makan di kedai yang tidak dinamakan itu lebih kurang pukul 9 malam pada 30 April lalu.
Dia membuat laporan polis berkenaan lebih kurang 24 jam kemudian pada 1 Mei.
Katanya lagi, dia membuat laporan polis itu "kerana tidak berpuas hati dengan makanan yang dimakan semalam dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan di hospital".
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Abdul Samad Salleh yang dihubungi oleh Astro AWANI mengesahkan pihaknya menerima laporan itu namun enggan mengulas lanjut.
Namun tidak diketahui dengan jelas bagaimana laporan polis itu boleh tersebar melalui jaringan sosial media sejak dua hari lalu. ~awani
Ulasan-
Saya rasa ini adalah yang pertama berlaku di negara kita. Saya harap agar pihak polis memanjangkan laporan ini sehingga dibawa ke mahkamah. Nak tahu juga apa kesudahannya...
No comments:
Post a Comment