Saya antara yang setia membaca tulisan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit, Utusan Malaysia. Larasnya mudah tetapi isinya selalu berbeza. Di bawah ini saya perturunkan tulisan beliau dalam ruangan yang sama hari ini.
Tulisan beliau bertajuk Ku Li Mahu Come Back amat menarik dengan sedikit ' nada ' menggoda. Apapun saya sangat bersetuju jika Ku Li mahu melakukan come back.
Terlalu lama Kelantan terlepas ke tangan PAS. Tiada sebab sebenarnya selain kerana Ku Li dan teman temannya dalam Semangat 46 dahulu. Dalam usia 77 tahun, saya percaya Ku Li mahu menebus kembali kesilapan masa lalunya...
MALAM kelmarin saya menghadiri majlis makan malam di sebuah restoran berhampiran segi tiga emas dekat KLCC. Jemputannya kecil sahaja.
Ia diadakan bagi meraikan Ku Li, Tengku Razaleigh Hamzah yang sehari sebelum itu dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kewangan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Penganugerahan itu diberi ekoran sumbangan Ku Li yang tidak ternilai kepada negara.
Beliau adalah pengasas Petronas, Bank Bumiputera mahu pun arkitek yang diberi tanggungjawab membangunkan Ibu Pejabat UMNO dan PWTC. Sumbangannya banyak lagi.
Saya dijemput atas platform sebagai Presiden Alumni UiTM Malaysia.
Namun ramai yang hadir terdiri daripada rakan-rakan Ku Li, terutama dalam parti Semangat 46 dahulu.
“Masih lagi ada orang yang ingatkan saya..." katanya sambil ketawa kecil cara Ku Li, semasa diminta berucap.
Ku Li kemudian memotong kek hari jadinya yang ke-77.
Majlis makan malam itu dihoskan oleh Datuk Ibrahim Ali, yang juga Ahli Lembaga Pengarah UiTM.
Ibrahim seperti biasa gemar bercerita kisah-kisah silam, yang saya merasa cukup relevan untuk sejarah politik negara.
“Saya sedang menulis memoir mengenai kisah hidup saya. Kisah-kisah politik yang tidak pernah diceritakan di mana-mana sebelum ini," kata Ibrahim atau dipanggil Tok Him.
Banyak watak-watak akan didedahkan, katanya.
Ia membabitkan kisah-kisah Tun Mahathir, Ku Li, Musa Hitam, Pak Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak serta kisah di zaman 'revolusioner' sebagai pemimpin siswa ITM, yang terbabit dalam demonstrasi pelajar pada 1974.
Pada malam itu, saya melihat wajah-wajah orang keliling Ku Li, yang hadir masih bersemangat, walaupun sudah lama tidak ketemu.
Apakah Ku Li akan make a come back dalam politik arus perdana?
Orang-orangnya dikatakan sudah bersiap sedia.- Cuit, UM
No comments:
Post a Comment