Negarawan
Thursday, 10 April 2014
RBA LAGAKAN NAJIB DENGAN HISHAMUDDIN !
Sampai sekarang hakikatnya Red Bean Army adalah unsur yang misteri. Apa, siapa,mengapa,apa tujuannya, untuk siapa mereka belum jelas. Barangkali itu juga faktor mengapa tiada apa apa tindakan diambil terhadap mereka walaupun dikatakan begitu banyak kerosakan dilakukan.
Atas asas itu tentunya kita juga bebas untuk melabel sesiapa yang ' menyebar provokasi, fitnah, tohmahan terhadap kerajaan UMNO/BN dan pemimpin Melayu khasnya sebagai sebahagian daripada RBA. Ini termasuk penulis yang menulis artikel di bawah...Baca di sini...
Penulis ini ' jahat '. Terlatih untuk bertindak begitu. Saya ingin senaraikan tiga kejahatan yang beliau tampilkan dalam penulisan beliau ( Ada lagi yg lain akan diulas kemudian )
1. Beliau cuba menggambarkan betapa tidak layaknya Datuk Seri Hishamuddin untuk menjadi PM . Beliau cuba buktikan dengan beberapa bukti persepsi khasnya semasa Hishamuddin menjadi Menteri Dalam Negeri.
Kita memahami , kerana hakikatnya Hishamuddin sedang berada di tingkat paling atas dalam senarai kesan kejayaan mendepani krisis MH 370. Bukan sahaja dari dalam negara, dunia mengiktiraf kemampuan Hishamuddin
2. Beliau cuba secara halus menggambarkan kepada DS Najib bahawa ' pesaing ' telah wujud dan Najib perlu beringat ingat. Sebelum ini orang ramai 'pening ' memikirkan siapa selepas Najib tetapi sekarang semacam ada tokoh pada bila bila masa boleh mengambil alih.
Kita tahu beliau tidak akan berjaya menggoncang Najib sebab hakikatnya Hishamuddin seorang yang cukup setia. Setiap kali bercakap Hishamuddin pasti ' memetik' Hishamuddin. Jika beliau ingin melaga, beliau telah silap besar!
3. Beliau semacam cuba memberitahu dunia betapa jahatnya UMNO dan pemimpinnya kerana di atas kesedihan, kelukaan MH370, mahu pula melonjak naik untuk kepentingan peribadi. Beliau ingin buktikan betapa kejamnya UMNO kerana atas segala penderitaan, UMNO mengambil kesempatan.
Kita tahu dengan jelas, tidak pernah ada sesiapa dari kelompok UMNO yang berkedudukan mengaitkan Hishamuddin dengan apa jua jawatan dalam parti. Hishamuddin sendiri tidak berlebihan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Ini fakta yang tidak boleh disangkal. Malang bagi musuh bilamana Hishamuddin kebetulan amat cemerlang.
Selain jahat penulis ini samada beliau RBA atau tidak sebenarnya sangat takut. Takut kemampuan Hishamuddin yang diiktiraf dunia menyebabkan ' TOKOH ' yang beliau mahukan tenggelam. Mungkin Anwar tapi lebih mungkin lagi Lim Guan Eng.
Saya percaya ketakutan beliau ini dikongsikan secara bersama dengan ramai lagi yang mempunyai perasaan dan niat yang sama. Benar, ketakutan menjadikan seseorang tidak rasional. Saya percaya jika penulis ini membaca kembali tulisannya secara berhati hati maka beliau akan sedar betapa bodohnya beliau kerana ' mencipta sesuatu dan takut sangat dengan hasil ciptaannya sendiri '.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya nampak RBA ni subversif. Musuh negara. Cuma Zahid je buat tak tau sebab dia belum kena kot.
ReplyDeleteTangkap, penjara. Masa ada kuasalah nak bertindakpun. Masa DAP berkuasa nanti, mampuslah Melayu.
ReplyDeleteTiru mcm Singapura. Sapepun tak berani nak angkat muka.
DeleteKerajaan kita lembut sangat khasnya kalau libatkan Cina. Najib kena ikut cara T M. Tegas dan rakyat rasa selamat
ReplyDeleteSaya fikir segalanya berlaku tanpa dirancang. Hishamuddin tampil jalankan peranannya dan beliau nyata berjaya. Saya fikir tiada sesiapa dapat mengubah apa yang telah dan sedang berlaku.
ReplyDeleteNajib dan Hishamuddin orang lama. Aku rasa tak terjejas dengan provokasi murahan apek sayur ni.
ReplyDeleteUMNO parti keramat. Ini keyakinan saya. Datanglah ribut dari mana sekalipun UMNO akan bertahan. Harapan saya, Hishamuddin akan terus menjaga dirinya. Beliau pemimpin UMNO dan Kerajaan dalam pembikinan, insyaallah
ReplyDeletePuak puak ni komunis. Tangkap sumbat dalam jel..
ReplyDeleteRBA ni kebal. Sebab mereka Cina. Kalau Melayu lama dah dapat dikesan
ReplyDeleteHushamuddin bukan budak budak. Kritik jahat macam ini tak akan jejaskan dia. Tapi kot manapun undang undang mesti dikuatkuasajan
ReplyDeleteTerus berdoa..mohon Allah beri pertolongan..
ReplyDeleteMusuh yg bergerak secara perlahan2
ReplyDeleteTabah sabar. Jangan termakan hasutan syaitan
ReplyDeleteArtikel Cina ni sebenarnya picisan. Apapun puak puak dia jer yang nak percayapun.
ReplyDeleteHishamuddin kena jiwa besar. Usah ghairah. Yakin pertolongan Allah bahi yang ikhlas
ReplyDeleteSalam. saya dah linkkan bro dlm blog saya.. tolong linkkan saya dalam blog bro.. http://kakirayaukb.blogspot.com/ terima kasih..
ReplyDeletePenulisan yg sekadar memburukkan Hisham tp org ramai tau yg menulis tu berhati setan. So, X payah layan...
ReplyDeleteMenulis sesuatu yg jahat pasal org lain utk turun ke jahat and diri sendiri... itu lah RBA
ReplyDeleteNi puak komunis alaf baru...hati-hati
ReplyDeleteRasenya skrg semua org da nmpk dgn jelas. Apa yg Hisham lakukan skrg hanyalah menjalankan tanggungjawab beliau sepenuhnye dgn amanah & jujur...X berlebihan atau berkurangan insha Allah atau x nampak pun apa2 utk kepentingan diri sendiri
ReplyDeleteHishamuddin perlu lebih kuat & bijak utk menjadi pemimpin yg sebenar sbb skrg makin byk musuh dlm selimut kt negara sendiri
ReplyDeleteInsha Allah Hisham akan lebih kuat dgn adanya kita rakyat Malaysia sebagai penyokong beliau
ReplyDeleteKerajaan perlu lebih tegas & serius dlm menangani isu ni
ReplyDeleteApa punya bodoh la nak lagakan Nasib dgn Hisham pulak...X de motif langsung..sedangkan jelas kelihatan Hisham seorang yang setiap & hormat pemimpin beliau
ReplyDeleteBoleh lihat sendiri mcm mana Hisham ni hormatkan pemimpin teratas & tahu kedudukan sendiri dalam ucapan beliau menjawab soalan semasa press conference
ReplyDeleteLagakan kepala orang yang dok nak Lagakan Najib dengan Hisham ni je
ReplyDelete