Artikel ini amat sesuai dibaca oleh Blogger Pakatan yang dalam Blog mereka banyak sangat iklan ubat kuat. Dalam Kitab mereka Harakahpun sama...
Fenomena kebanjiran ubat kuat, sama ada di kaki lima, Internet dan jualan langsung, pada masa kini sememangnya sangat membimbangkan.
Lihat saja di tiang lampu kawasan perumahan, papan tanda haram tertulis perkataan seperti ‘sex toys dan ubat kuat’ dan seumpamanya memang bersepah di merata tempat. Jika anda buka Internet dan melayari laman sosial, anda mungkin jumpa pautan bertajuk ‘hubungan suami isteri’, ‘Isteri Sayang’, ‘Suami Hebat’ atau ‘Lovelorne’ terpampang dalam senarai akaun anda sama seperti iklan di majalah hiburan.
Ada iklan sememangnya kelihatan profesional dengan gambar dan ke-nyataan pakar mengenai produk kesihatan yang dipaparkan, sekali gus mendorong sesiapa saja untuk melihat lebih lanjut. Jika terpengaruh, pasti ada yang sanggup membelinya.
Malah, di luar kawasan masjid juga, terutama selepas solat Jumaat, aktiviti jualan ubat kuat berlaku dengan bebas.
Pada masa sama, akhbar turut melaporkan berita serbuan pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan terhadap kedai jamu atau kilang gelap yang menjual dan mengilang ubat kuat.
Namun, ia tidak menghalang penjualan ubat kuat secara haram ini untuk reda lantaran taksubnya masyarakat hari ini yang mengambil isu lemah tenaga batin atau hal berkaitan syahwat sebagai perkara remeh dengan menyangka ia boleh dirawat dengan cara berkenaan.
Ingatlah, ubat kuat boleh dianggap ‘musuh dalam selimut’. Ini kerana ada antara kandungannya tidak boleh diambil oleh kumpulan individu tertentu. Bukan saja yang berpenyakit, tetapi yang tidak berpenyakit juga.
Ini kerana ia dibuat tanpa mengikut kajian khusus dan boleh menyebabkan risiko mati mengejut, pengsan atau koma, mata buta, buah pinggang rosak, strok serta lumpuh anggota sepanjang hayat.
Selagi masyarakat tidak menganggap masalah seksual sebagai masalah kesihatan dan perlu dikendalikan oleh doktor, baik kerajaan atau swasta, selagi itu kita tertipu dan menyabung nyawa sendiri.
Saya menyeru anda di luar sana supaya membuka minda. Kebanjiran ubat kuat berlaku kerana ada permintaan dan ia hanya akan reda atau terhenti apabila tiada lagi permintaan terhadap produk berkenaan- Sumber..
Gambar hiasan
No comments:
Post a Comment