Negarawan

Negarawan

Thursday, 17 April 2014

MAAF, ARTIKEL AGAK PANJANG INI UNTUK BACAAN ORANG UMNO SAHAJA.

Tidak ada siapapun dapat menyangkal bahawa dalam masa sebulan lebih ini beliaulah Menteri paling sibuk. Tragedi MH 370 membuatkan beliau terpaksa bertugas 7 hari seminggu dan 24 jam sehari. Bahkan bantuan isterinya diperlukan khasnya bagi menangani keluarga mangsa MH370.


MH370 adalah sejarah dunia. Ia berlaku pertama kali dalam sejarah penerbangan. Lelaki ini dan kerajaan awalnya diperlekeh kerana dikatakan gagal menemukan sebarang jawapan mahupun penyelesaian.

Masa lalu lelaki ini dijadikan bahan rujukan, teruskan bacaan anda di sini..., maka dengan pantas ada pihak merumuskan Hishamuddin memang lemah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Takdirnya di atas sejarah ini ada sejarah baru tercipta tanpa sengaja. Beberapa ketika kemudian lelaki ini telah tampil mendepani dunia dengan keupayaan tersendiri. Dunia menjadi kagum sebenarnya.teruskan bacaan anda di sini...

Hishamuddin menghadapi pemimpin dunia memohon bantuan dan sokongan. 26 negara bersatu menghantar pertolongan. Hishamuddin mendepani wartawan daripada pelbagai media dalam negara dan antarabangsa. Ada di antaranya bertanya untuk menjatuhkan. Tiada satu soalanpun yang gagal beliau jawab bahkan ada jawapan beliau seperti peluru ke kepala wartawan berkenaan.

Hishamuddin memimpin semua agensi berkaitan dalam usaha mencari dan menyelamat. Nampaknya kita tidak pernah mendengar sebarang rungutan. Lebih daripada itu Hishamuddin sangat empathi menghadapi kaum keluarga mangsa yang berharap dan menanti. Yang digembar gemburkan memberontak, pasrah di depan Hishamuddin.
Menarik untuk dikaji, Hishamuddin samada diakui atau tidak, tidak pernah kelihatan atau kedengaran ' lebih ' daripada apa yang sewajarnya. Beliau tetap Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan.

Bahkan beliau sentiasa merujuk ' YAB PM ' semasa mengeluarkan kenyataan. Saya yakin benar Hishamuddin tidak melihat ' kesedihan dan kesukaran ' ini adalah batu loncatan bagi dirinya.

Pemerhati politik tahu tiada sekalipun dalam sejarah panjang politiknya Hishamuddin
' melonjak ' lebih dari yang sepatutnya. Bahkan kita telah melihat seseorang yang berlebihan melonjak, akhirnya terjatuh sebelum sempat berada di puncak.

Maka jika ada orang bertanya saya, siapakah bakal Perdana Menteri kita? Saya percaya kita tidak lagi berasa bimbang kerana kita telah mempunyai tokohnya.


35 comments:

  1. Terbaiklah ! Aku sokong, aku sokong...

    ReplyDelete
  2. Kita kena set pemikiran kita supaya tidak berlaku perebutan. Nanti yang rugi parti juga. Saya sokong Hishamuddin sebab kita nampak kemampuannya. Lepas Hishamuddin Mukhriz, kemudian Khairy. Tapi isunya adakah Umno akan terus diterima rakyat?

    ReplyDelete
  3. Aku tak tau hang ni sapa. Tapi aku suka cara hang, terus terang. Tak payah nak wayang wayang. Org setuju atau tak masing masinglah ! Aku rasa org UMNO sekarang dah sedar dah. Byk sangat politiking rosakkan parti.

    ReplyDelete
  4. Kalau Cina DAP dan Melayu PKR dan susun siap siap pelapis, UMNO wajib buat gitu jugak.

    ReplyDelete
  5. Amin. Semoga jadi kenyataan.

    ReplyDelete
  6. Merancang dan berpakat elok elok. Insyaallah kita akan kekal berkuasa

    ReplyDelete
  7. Kadang kadang kebetulan je sesuatu berlaku. Tapi realitinya Datuk Hishamufdin mmg layak. Umno kena bersatu berikan sokongan. Ada perkara tak betul kita pakat pakat tegor.

    ReplyDelete
  8. Problemnya nanti ada org Umno yang cantas...

    ReplyDelete
  9. Saya fikir bukan umno saja yg wajib bersatu. Org islam seluruhnya sebab ancaman datang tanpa diundang

    ReplyDelete
  10. Artikel ni Pas dap dan pkr pun kena baca. Biar depa tau peluang depa dah tertutup

    ReplyDelete
  11. Hishamuddin memang berada dalam kelas tersendiri

    ReplyDelete
  12. Harap pujian dan penghargaan tidak melekakan

    ReplyDelete
  13. Allah uji kita untuk angkat darjat kita insyaallah Hishamuddin telah melepasi ujian ini

    ReplyDelete
  14. Umno parti tua. Kalau tak dijaga bila bila masa blh rebah. Alhamdulillah Allah kurniakan Umno pemimpin silih berganti

    ReplyDelete
  15. Aku nak tengok sangat Umno jadi kuat macam dulu. Harap Datuk Seri dapat pimpin Umno kembali kuat

    ReplyDelete
  16. Tulisan macam ini kena banyak. Hidupkan semangat Umno.

    ReplyDelete
  17. PRU14 sangat hampir. Segala usaha dibuat untuk burukkan Umno. Satukan hati kita demi agama bangsa dan tanah air

    ReplyDelete
  18. Keadaan jauh berbeza. Pembang dah kuat. Untuk itu persiapan Umno mesti tip top. Eloklah jika Hishamuddin dilatih dan fiberi peluang

    ReplyDelete
  19. Yang aku tau Cina tgh kelam kabut nak rosakkan Umno. Kita kena beringat dan bersedia.

    ReplyDelete
  20. Segala kualiti ditampilkan. Yang penting keikhlasan Datuk Hishamudin melaksanakan tanggungjawabnya. Sebab itu segalanya namak lancar. Hanya Allah penentu akhirnya

    ReplyDelete
  21. Lebih sebulan ni mmg jelas nampak Hisham amat bertanggungjawab & jujur dlm menjalankan tugas..tidak berlebihan.. tidak mengambil kesempatan tragedi ni sebagai peluang batu loncatan utk menaikkan nama beliau sebagai bakal PM negara

    ReplyDelete
  22. Yang saya bimbang UMNO. Yang ghairah ramai. Perebutan mungkin berlaku

    ReplyDelete
  23. Jangan harap sangat. Hishamuddin mmg ok tapi Umno blm tentu

    ReplyDelete
  24. Semoga kita dapat menawan pengundi. Kita ada tokoh tapi tak nampak usaha menyeluruh UMNO menawan pengundi khasnya pengundi muda. Ini patut jadi fokus UMNO.

    ReplyDelete
  25. Syabas Bro. Tulis je ko nak Hishamuddin jadi PM. Aku pun sama. Yang lain tak payah berebutlah, sokong je baru UMNO jadi kuat.

    ReplyDelete
  26. Politik baru ni Najib kena clearlah. Namakan sape dia nak sbg pengganti. Dgn sendirinya org lain slow down.

    ReplyDelete
  27. Hisham perlu kukuhkan semula kedudukan UMNO... satukan rakyat bangsa Melayu.. satukan rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  28. Insha Allah... Hisham mampu bawa perubahan yg baik utk UMNO kelak

    ReplyDelete
  29. Hisham juga bakal jd sejarah dunia sebagai pemimpin Melayu yg berwibawa

    ReplyDelete
  30. Syabas kpd penulis entri baik begini.Syabas juga kpd media massa yg menyokong DS Hishamudin.Tahniah kpd org2 Melayu yg memberi sokongan kpd DS Hishamudin.Sindrom penafian pihak pembangkang dah tak berguna dan tidak berkesan.DS Hishamudin telah mempamerkan kewibawaan sbg pemimpin nasional.His attitude thruout any press conference is sincere and very impressive.His statements are clear spt KISS - keep it short and sweet.

    ReplyDelete
  31. Wa salute lu Bro Hisham!

    ReplyDelete
  32. Rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi untuk melihat beliau sebagai seorang pemimpin Malaysia selepas Najib

    ReplyDelete
  33. Artikel ni best!

    ReplyDelete
  34. Hati aku kuat mengatakan Hisham mampu mengubah nasib Malaysia menjadi lebih baik dimasa akan datang

    ReplyDelete
  35. Aku yakin orang ramai akan lebih yakin dengan UMNO lepas ni kalau Hishamuddin naik jadi pemimpin

    ReplyDelete