PKR Bukan Milik Datuk Seri Anwar. -Zuraida Sokong Azmin.
Zuraida Kamaruddin ketika bercakap kepada wartawan The Malaysian Insider semasa temuramah di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, 7 April. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 12 April, 2014.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak seharusnya berpusat pada tokoh tertentu sahaja, sebaliknya harus menjadi sebuah parti berteraskan anggota akar umbi, kata Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida berkata dalam konteks itu beliau bersetuju dengan pandangan Timbalan Presiden, Azmin Ali bahawa parti itu bukan milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini Ketua Umum PKR.
"Parti ini sudah berkembang, walaupun tidak dinafikan sebab penubuhannya adalah kerana apa yang berlaku terhadap Anwar," kata Zuraida pada sidang akhbar hari ini.
Zuraida mengulas kenyataan Azmin bahawa PKR harus keluar daripada terus dibayangi Anwar demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam majlis berasingan di Kepala Batas mendakwa kenyataan Azmin itu menggambarkan PKR sebuah parti yang hanya diterajui keluarga Anwar.
Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata terlalu banyak sandiwara dalam PKR dan terbaru ialah keputusan Anwar yang mahu mencabar isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan presiden dalam pemilihan PKR bulan depan.
"Saya tidak nampak keperluan untuk Anwar berbuat demikian dan dalam sejarah ini mungkin pertama kali berlaku, pelbagai sandiwara mereka lakukan demi kepentingan pihak tertentu dalam PKR," katanya. – Bernama, 12 April, 2014.
Anda mungkin juga meminati:
Zaman kejatuhan Anwar dah sampai. Jadi sejarah hitam negara
ReplyDeleteSebenarnya Pkr dah berpecah belah. Cuma Umno tak buat kerja. Tak kesan apalah
ReplyDeleteApa saja yang berlaku pada PR tak akan menguntungkan UMNO sebab UMNO tido nyenyak lepas pemilihan
ReplyDeleteUmno cuma berharap PR ini bubar dengan sendiri nya macam semangat 46. Dalam Umno sekarang ini banyak yang bodoh tak cerdik. Yang pandai nak masuk UMNO pasti kena cantas punya............
ReplyDelete