Negarawan

Negarawan

Sunday, 20 April 2014

MAGIS MH 192 - SIAPAKAH YANG DAPAT MENGUBAH TAKDIR ?

MONDAY, 21 APRIL 2014

Tiada siapapun dapat menafikan betapa Tragedi MH 370 sedikit sebanyak menghakis keyakinan terhadap MAS khasnya dari aspek keselamatan penumpang. Normal sebenarnya apabila individu yang menggunakan sesuatu perkhidmatan mengharapkan jaminan keselamatan daripada perkhidmatan tersebut.


Tiba tiba kita dikejutkan pula dengan peristiwa MH 192. Walaupun mencemaskan namun ia mengembalikan keyakinan terhadap Pilot dan Krew MAS dan lebih manis lagi apabila Pemangku Menteri Pengangkutan bersama sama para penumpang sewaktu mereka mendarat semula di KLIA.


MH192 membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagi dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
 
Beliau dalam perjalanan ke KLIA.
 
Pengurus Penyelidikan Van Diemen John, 40-an, berkata juruterbang pesawat MH192 itu amat profesional ketika mengendalikan pendaratan.
 
"Juruterbang itu begitu tenang ketika beliau mengumumkan bahawa kami terpaksa berpatah balik ke KLIA tetapi perlu menghabiskan sebahagian minyak dahulu.
 
"Kami berlegar-legar di Selat Melaka dan Kuala Lumpur. Beberapa jam kemudian kami mendarat dengan selamat.
 
"Beliau memberikan arahan dengan jelas. Beliau amat profesional dan melakukannya dengan baik," kata John yang terbang dari Shanghai untuk ke Bangalore berjumpa dengan pasukan penyelidiknya.
 
Sementara itu, seorang lagi penumpang dari Pulau Pinang yang enggan dinamakan berkata pendaratan kecemasan itu dikendalikan dengan baik.
 
"Juruterbang dan anak kapal mengikut prosedur dengan betul. Ia dikendalikan dengan baik dan saya tidak panik," katannya sambil menambah, beliau tidak memberitahu keluarganya mengenai insiden itu.
 
Sementara itu warga Australia Miranda Jason Juse, 30, berkata disebabkan  jurutebang dan anak-anak kapal bertindak secara profesional, semua penumpang berasa tenang semasa empat jam terbang, berlegar-legar di udara Selat Melaka.
 
"Juruterbang melakukan yang terbaik untuk mendarat dengan selamat dan pesawat itu mendarat lembut dan lancar. Keadaan di dalam pesawat pun tenang sebaik kami selamat mendarat," katanya.
 
Semua penumpang agak keletihan selepas melalui pengalaman cemas itu tetapi mereka masih mampu memberikan senyuman kepada para pemberita sebagai menyatakan terima kasih kepada dunia yang mereka mendarat dalam keadaan selamat.
 
Bernama
Demikianlah benarnya kata para ulama. Bila Allah uji kita sebenarnya Allah mahu mengangkat darjat kita. Barangkali ini rezeki MAS dan kakitangannya...


20 comments:

  1. Pertolongan Allah untuk org iklas. Tgklah macamana Datuk Hisham dan teamnya bekerja

    ReplyDelete
  2. Bangga aku. Pilot Melayu ooo...mampuslah Cina mengamuk !

    ReplyDelete
  3. Aku jadi risau dengan Hishamuddin ni. Non stop...

    ReplyDelete
  4. MAS perlu bangkit dari kesukaran ini. Banyak yang perlu dibuat. MAS maruah negara.

    ReplyDelete
  5. Juruterbang amat profesional..kata penumpang. Alhamdulillah. Hidup Melayu !

    ReplyDelete
  6. Kesian MAS. Jangan putus asa, teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  7. Aku rasa makin dahsyatlah Pakatan cari kelemahan Datuk Hisham lepas ni. Aku haap Orang Umno akan bersayu nyatakan sokongan

    ReplyDelete
  8. Takdirnya insyaallah lepas ini Hishamuddin PM kita.

    ReplyDelete
  9. Saya percaya MAS banyak belajar daripada peristiwa MH370. Harapnya MAS akan mulakan kebangkitan dan dapat pulihkan maruah.

    ReplyDelete
  10. Kita org Islam mudah. banyak perkara kita blh pulangkan kepada Allah dan berserah. Yang penting jangan patah harapan dan terus berusaha. Saya yakin jika Datuk Hishamuddin diberi peluang meminpin Kementerian Pengangkutan, banyak penambahbaikan dapat dilakukan sebab dia dah ada hubungan rapat dengan Pasukan MAS.

    ReplyDelete
  11. Sokong MCA tak payah bagi jawatan. Tak setia

    ReplyDelete
  12. Sedikit sebanyak peristiwa MH192 ni membuktikan bahawa pilot MAS sememangnya cekap... Hishamuddin pula sgt bertanggungjawab terhadap mangsa...

    ReplyDelete
  13. Dulu org bising kata Hisham elit. La ni kita nampak macam mana Hisham merendah. Saya rasa kalah menteri lain.

    ReplyDelete
  14. Keperibadian Hisham yg buat org ramai hormat beliau....

    ReplyDelete
  15. Apa pun terjadi semuanya atas kehendak Allah..ni salah satu ujian untuk Hisham yang menguji sejauh mana kemampuan beliau sebagai seorang pemimpin

    ReplyDelete
  16. Lepas satu, satu kes jadi...moga ini semua x melemahkan semangat Hishamuddin

    ReplyDelete
  17. Makin banyak dugaan & cabaran untuk Hisham, makin kuat semangat beliau

    ReplyDelete
  18. Semua ni petunjuk supaya pemimpin Jangan lagi leka & lena dibuai mimpi..bangkit pertahankan maruah negara

    ReplyDelete
  19. Takda sapa pun minta perkara mcm ni berlaku. Ini semua ujian untuk menguji kepimpinan sedia ada

    ReplyDelete
  20. Setiap yang berlaku memang bukan atas kuasa manusia tapi usaha menangani sesuatu tu adalah atas usaha manusia...

    ReplyDelete