Negarawan

Negarawan

Wednesday 9 April 2014

MESYUARAT PAKATAN HARI INI ADALAH MESYUARAT HIDUP MATI PAS !!

Sejak dahulu lagi saya sentiasa percaya bahawa walaupun dinamakan Pakatan tetapi gabungan DAP,PKR dan PAS hakikatnya tidak pernah berpakat dan sepakat. Masing masing menjaga kepentingan sendiri untuk terus hidup dalam gelanggang politik di Malaysia. Masing masing mempunyai persamaan ketara iaitu mereka ialah PENIPU rakyat. PAS tipu dengan mengatakan mereka mahukan Islam khasnya hudud sejak awal penubuhannya. DAP menipu dengan menyatakan mereka pejuang kesamarataan sedangkan mereka pejuang kaum Cina. PKR wujud dan hidup atas penipuan dari awal sehingga ke akhir.
Hari ini saya percaya adalah kemuncak penipuan Pakatan. PAS yang mahukan hudud berjanji akan bentangkan rang undang undang ini di Parlimen ( Malang bagi PAS kerana kali ini UMNO menyokong mereka sepenuhnya- mereka harap UMNO menentang ) DAP dan PKR telah mengisytiharkan akan menolak rang undang undang ini. Anwar berjanji perkara ini akan diselesaikan hari ini juga dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan.
Saya tidak sabar menanti, apa pula tipu muslihat Pakatan sekali ini...Jika akhirnya Pakatan memutuskan bahawa tiada Hudud, maka percayalah PAS sedang menuju ke kuburan !


Anwar: Hudud tak ada tempat dalam dasar Pakatan
Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.

NONESemasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

"Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan 'tricky'. Jika anda menjawab 'tidak', maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab 'ya', maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi 'Anwar sokong undang-undang hudud'," katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu).

NONEAnwar menegaskan bahawa, sepertimana perasaan orang Cina
berhubung kenyataan mengenai Islam, masyarakat Melayu-Islam juga bimbang dengan komen-komen yang dibuat oleh beberapa pemimpin muda DAP.

Anwar juga menyentuh tentang kenyataan yang disensasikan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang Pakatan akan mengurangkan jumlah penjawat awam jika gabungan itu memerintah.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta pemimpin gabungan itu supaya membuat pembetulan bahawa Pakatan tidak akan mengganggu penjawat awam, kerana mereka (penjawat awam) bimbang mungkin diberhenti dan menganggur jika Pakatan mengambil alih kerajaan pusat.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment