Negarawan

Negarawan

Wednesday, 1 January 2014

SEHINGGA HARI TERAKHIR 2013, TIADA APA APA YANG HEBATNYA MENJADI ORANG UMNO !


Inilah hasil perbincangan saya dan teman teman aktivis parti. Barangkali teman teman perbincangan saya aktivis peringkat cawangan sahaja. Cuma ada seorang berdua pernah terbabit di peringkat Bahagian.


Tokoh tokoh yang berpencak di peringkat atasan mungkin dapat membuat penilaian lebih bijaksana dan dapat melihat pelbagai kejayaan yang telah UMNO capai sepanjang 2013.

UMNO sedang melalui transformasi. Presiden UMNO sewaktu ucapan penangguhan dalam Perhimpunan Agung baru baru ini telah meletakkan KPI kepada Bahagian dan Cawangan. Ini baik sebenarnya.

Tetapi kami jadi tertanya tanya. Apa pula KPI Ibu Pejabat Parti yang dipimpin oleh Tengku Adnan Tengku Mansur yang diketahui agak banyak bercakap sehingga begitu kurang mendengar.


Terdapat banyak nama ahli UMNO yang hilang dari senarai sewaktu cawangan cawangan sedang bermesyuarat. Bukan sedikit yang diarahkan balik oleh Pemantau yang dilantik oleh Majlis Tertinggi.

Tidakkan mereka ini rasa kecewa ? Malu ? Apa perasaan anak anak mereka, cucu dan menantu mereka? Tidakkah mereka terkilan dan mungkinkah mereka kekal menyokong UMNO dalam keadaan malu itu ?

Bagaimana boleh berlaku dua orang ADUN UMNO di Perak mungkin gugur kelayakan sebagai ADUN hanya kerana alamat mereka pada kad pengenalan BUKAN anak Perak?

Adakah Ibu Pejabat gagal melihat perkara asas ini dan tidakkah memalukan jika Kerajaan Perak berubah bukan kerana Cawangan dan Bahagian tetapi kerana kegagalan Ibu Pejabat memberi pengetahuan kepada calon calon kita ?

Kita belum bercakap tentang persiapan PRU 13. Segalanya dari Ibu Pejabat kecuali tali, stapler, buluh dan goreng pisang. Selain daripada itu segalanya dari Ibu Pejabat dan amat lambat sampai ke Pusat Daerah Mengundi.

Bahkan ada yang sampai ke bawah pada hari mengundi !

Sekarang UMNO masih memerintah. Nampaknya kerja kerja untuk PRU14 belum bermula. Saya menulis tentang PARTI UMNO semata mata. Selepas ini saya akan menulis sedikit tentang UMNO sebagai parti pemerintah.

Sebagai sebuah parti , UMNO tiada apa apa untuk dibanggakan setakat ini.
Kami orang UMNO, insyaallah untuk selamanya tetapi hakikatnya kami tidak berani menjamin untuk mengajak orang lain bersama UMNO kerana setakat ini bila kami mengajak mereka, mereka hanya tersenyum !


2 comments:

  1. Orang muda Melayu dan golongan atas angin tidak akan mahu meyertai UMNO kerana UMNO dipenuhi orang orang UMNO yuang gila jawatan dan Gila kedudukan untuk membuat kekayaan .........
    UMNO tidak akan bersedia untuk menempuhi PRU14 nanti ....UMNO sibuk bercakaran ......Adnan tidak mampu dan tidak faham akan tugasnya....Mampos UMNO selepas ini .......INI belum masuk lagi pasal kegilaan Najib pada bangsa cina ....Najib tidak mewarisi ketokohan TUN razak.Najib lemah dan malas .UMNO sudah cacarmarba kalau dibiarkan begini .......Najib lebih lemah dari Pak Lah .

    ReplyDelete
  2. PAK LAH DI CALIT SEBAGAI PRESIDEN UMNO/BN YANG HILANGKAN SELANGOR, PENANG, PERAK DAN KEDAH KEPADA PEMBANGKAN PADA PADA PRU 12.
    NAJIB PULAK AKAN DIKENANG SEBAGAI PRESIDEN UMNO/BN YANG HILANGKAN KUASA MELAYU SEBAGAI PEMERINTAH DI PRU14 AKAN DATANG, SELAGI UMNO TAK BERUBAH, PEMIMPIN DI UBAH, ROSMAH TAK BERUBAH, JANGAN HAIRAN UMNO AKAN TERKUBUR UNTUK SELAMA-LAMA NYA..
    SAYANG, SEGALA HASIL PERJUANGAN & LEGASI ARWAH TUN RAZAK MENGEMBALIKAN KUASA DAN KETUANAN MELAYU SELEPAS MAY13 1969 DI PUNAHKAN OLEH ANAK NYA SENDIRI.....BANGUN MELAYU, BANGUN UMNO, INGAT ALLAH.

    ReplyDelete