Insiden Bom Petrol : Mindef Sedia Kerjasama Bantu Polis dan MKN.
Kuala Lumpur 28 Januari- Kementerian Pertahanan sedia bekerjasama dengan Polis dan Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) untuk menyelaras segala tindakan yang perlu dilakukan berhubung insiden melontar ' molotov cocktail ' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja baru baru ini.
Menterinya , Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang memandang serius perkara itu berkata, beliau melihat tindakan terkini polemik negara yang akhirnya akan diterjemah kepada perlakuan lebih agresif.
" Kita kena tanganinya dengan cukup berhemah. Saya yakin pihak berkuasa mampu mengatasinya. Saya sendiri sudah melalui isu ini ketika bersama Kementerian Dalam Negeri suatu ketika dahulu", katanya kepada pemberita selepas Majlis Malam Anugerah Sukan Angkatan Tentera 2013.
Insiden baling bom ini dikatakan ada kaitannya dengan tindakan pihak tertentu menggantung banner menghina Islam di beberapa tempat di Pualu Pinang.
Saya sebenarnya amat teruja mendengar kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang turut disiarkan oleh beberapa blog yang lain. Sangat tepat dan kena pada masanya, bilamana ada pihak tidak lagi menghormati undang undang dan perlembagaan.
Kepada saya walaupun nadanya lembut tetapi kenyataan Menteri Pertahanan ini merupakan lontaran mesej yang jelas dan tegas kepada sesiapa jua yang berhasrat mengocak, mengganggu suasana aman yang selama ini kita pertahankan.
Yang tersirat kepada yang berniat jahat ialah Angkatan Tentera yang kukuh membenteng Negara, Institusi Raja Berpelembagaan, Agama Persekutuan dan rakyat terbanyak tidak lepas pandang terhadap apa yang sedang berlaku dan pada bila bila masa akan turun ke lapangan sekiranya perlu.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pertahanan dan ATM yang dipimpinnya. Kita tidak boleh membenarkan nafsu jahat sesetengah pihak menyekat pembinaan negara bangsa yang cemerlang.
Nampaknya ada pihak tidak jemu jemu berusaha menghalang usaha mengangkat martabat bangsa dan negara. Mereka ternyata sangat bimbang jika kita mencapai apa yang kita rancang kerana kenyataannya jika kita berjaya, mereka akan gagal sampai bila bila...
Aku cakap terang. Dah lama aku nak mintak askar campur tangan. Aku tengok ini Pakatan bukan boleh berlembut. Sebelum nasi jadi bubur eloklah Menteri berkeras sikit. Lembutpun depa tak respek. Utamakan anak cucu.
ReplyDeleteSaya adalah penduduk Pulau Pinang. Kalau ada orang kata suasana di Pulau Pinang aman, sebenarnya orang tu bohong. Bahang pertelingkahan memang membara. Mohon pihak kerajaan lakukan sesuatu. Mungkin ATM boleh digerakkan bagi memantau keadaan. Saya suka sangat dengan kenyataan Menteri Pertahanan sebab ini akan menyebabkan rakyat khasnya orang Melayu di Pulau Pinang rasa selamat.
ReplyDeleteSudah sampai masa ATM berpernan lebih besar. Politik Malaysia bukan lagi politik matang sebaliknya sedang bergerak ke arah lebih ganas dan bahaya. Gerakkan ATM ke kawasan mungkin berlaku kekacauan bagi mengelakkannya berlaku.
ReplyDeleteKata dua begini penting bagi menggambarkan semua pihak memberi perhatian. Jika tidak ia akan terbeban di atas bahu pihak tertentu sahaja.
ReplyDeleteKeamanan, kemakmuran tidak boleh dijual beli. Saya sokong ketegasan Menteri Pertahanan. Lebih baik bertegas sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Saya yakin rakyat yang mahukan keamanan menyokong penuh Menteri Pertahanan.
ReplyDelete