Negarawan

Negarawan

Sunday, 12 January 2014

JIKA BENAR PEGAWAI HISHAMUDDIN DITANGKAP, MARI KITA KALUNGKAN BUNGA...


Ianya telah menjadi berita awam. Seorang Pegawai Khas kepada Seorang Menteri telah ditahan, ditangkap dan disiasat. Dikatakan pegawai ini turut ditahan bersama seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang wanita yang menjadi setiausaha di sebuah Kementerian.

                                               Menjadi Sejarah...

Kemudiannya saya membaca sebuah blog yang menyatakan ( samar samar ) bahawa pegawai tersebut ialah Pegawai Khas Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Sekiranya ini benar, maka kita boleh berbangga dengan fakta bahawa Kerajaan UMNO/BN tidak pernah kebal daripada undang undang. Yang bersalah tetap bersalah.

Saya juga tidak mendengar sebarang kenyataan daripada DS Hishamuddin. Ini juga pembuktian betapa Menteri kita tidak kompromi dengan salah laku. Penguatkuasaan undang undang wajar dibiarkan berjalan tanpa gangguan.

Ini antara perbezaan UMNO/BN jika dibandingkan dengan pembangkang.Pernah salah laku berlaku dalam kalangan pegawai pegawai Kerajaan Pakatan. Dan kita mengetahui bahawa setiap kali berlaku salah laku dalam Pakatan, maka melompatlah pemimpin mereka.

Dengan segera jari dituding kepada UMNO. Bahkan negara kita pernah dikejutkan dengan tragedi sedih berkaitan salah laku ini.

Hakikatnya kita belum tahu siapa yang ditahan dan disiasat. Kita juga tidak tahu apakan suspek ini benar benar bersalah. Biar proses undang undang menentukan.

Cuma jika benar suspek adalah pegawai DS Hishamuddin, saya ingin mengalungkan bunga kerana Hishamuddin bukan sahaja tidak melatah tetapi beliau tidak mencampuri urusan penguatkuasaan. Inilah pemimpin UMNO, di celah celah segala tohmah dan fitnah pembangkang.


                                            Gambar hiasan

6 comments:

  1. Setuju, tak payah bising bising tunding jari. Salah tetap salah. Lagipun UMNO tak de kunci syurga.

    ReplyDelete
  2. Pegawai ni patut cepat cepat masuk Pas atau pkr. Dah tentu berpuluh peguam akan bela dia.

    ReplyDelete
  3. Teruskan perjuangan Hisham. Ini masa lu lah bro ! Jangan takut lagi. Teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  4. Pihak berwajib perlu jelaskan siapa suspek ini. Kalau tidak orang akan buat macam macam tekaan.

    ReplyDelete
  5. Kita ada lagi 4 tahun untuk PRU 14. Pengundi sudah pasti berubah kecenderungan dan cara brfikir mereka. UMNO wajib bersedia lakukan perubahan supaya kekal relevan di mata pengundi.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya banyak benda elok yang dilakukan oleh pimpinan UMNO. Tapi para pegawai atau petugas media gagal menyerlahkan kebaikan tersebut. Ini politik, sesekali kena berani tampilkan kehebatan kita.

    ReplyDelete