Negarawan

Negarawan

Thursday 23 January 2014

ALHAMDULILLAH, TUN DAIM DAH MULA BERSUARA...


Tun Daim Zainuddin adalah tokoh besar negara. Beliau pernah menjadi Menteri Kewangan di zaman Tun Mahathir kemudian berhenti tetapi kembali ke dalam Kabinet sewaktu krisis ekonomi melanda negara dan berjaya bersama memulihkannya tanpa bergantung kepada mana mana badan luar.

Bekas guru, peguam dan ahli perniagaan terbilang ini dikatakan mempunyai aura luar biasa sehingga kenyataannya boleh mengubah situasi. Pada zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri, Tun Daim juga telah mengkritik Pak Lah dan ianya menjadi ombak yang menyebabkan Pak Lah turun sebelum masanya.

Tun Daim juga mengkritik DS Najib, dasar dan pendekatannya. Beberapa orang blogger nyata tidak senang dan menyenaraikan 12 perkara yang dikatakan kritikan Tun Daim. Ada blogger agak keras nadanya terhadap Tun Daim.

Ramai mengetahui bahawa Tun Daim mempunyai hubungan peribadi yang kuat dengan DS Najib. Tun Daim mula berkhidmat untuk Tun Abdul Razak mulai tahun 1966 apabila firma guamannya telah mewakili kerajaan dalam satu kes yang melibatkan Negeri Sarawak. Dikatakan sejak itu mereka menjadi akrab.

Tentunya Tun Daim tidak sekadar melihat DS Najib sebagai Perdana Menteri atau Presiden UMNO semata mata. Tun Daim bercakap sebagai orang tua yang mahu menegur anak anak yang mungkin tersasar atau tersilap.

Apakah apabila seorang ayah memarahi anaknya bermaksud ayah itu mahu anaknya rosak ? Sudah tentu tidak. Saya meneliti 12 perkara yang dikatakan disebut oleh Tun Daim dalam satu majlis di Merbuk, Kedah.

Saya dapati semuanya ' teguran berasas'  yang pada bila bila masa boleh dilakukan oleh DS Najib. Kesemua perkara yang disebutkan adalah perkara yang juga disebutkan oleh kebanyakan pengkritik.

DS Najib mempunyai pengalaman ' dipuji, dipuja ' akhirnya hampir hilang Kerusi Parlimen Pekan. Pengalaman ini saya percaya mendidik DS Najib menerima dan menilai kritikan dengan hati terbuka dan berusaha melakukan penambahbaikan.

Murninya Tun Daim kerana teguran yang diberi ialah kira kira 4 tahun sebelum PRU14.
Bayangkan jika beliau bercakap pada tahun 2017, pasti tidak banyak dapat dilakukan.

Sewajarnya DS Najib berterima kasih !

 

No comments:

Post a Comment