Negarawan

Negarawan

Wednesday, 15 January 2014

MELAYU DI KAMPUNG LAMAN PAK MERTUA KHAIRY KENA HALAU, PEMUDA UMNO BUAT APA ?


Sebelum tragedi 13 Mei 1969, ada beberapa peristiwa yang berlaku yang dianggap sebagai pemulanya. Antara yang paling hangat diperkatakan ialah peristiwa perarakan orang Cina yang diketuai ( antaranya ) Lim Kit Siang, di sekitar Kuala Lumpur. Mereka membawa penyapu dan melaungkan kata kata keras dan kesat.







Penyapu lidi yang dibawa ditambah lagi dengan ungkapan seakan menghalau orang Melayu dengan segera disambut dengan tindakan berani Datuk Harun Idris, Ketua Pemuda UMNO menghimpunkan seluruh Pemuda dari seluruh Selangor dan akhir merebak ke seluruh Tanah Melayu.

Maka berlakulah Peristiwa 13 Mei 1969 yang mengajar Cina bahawa dalam lembut , Melayu boleh berkeras termasuk mati kerana maruah. Itu baru ' simbolik mahu menghalau '.

Keadaan sangat berbeza sekarang. Tak tau kenapa...orang Melayu dihalau, gerai mereka dirobohkan, rumah mereka ditolak dengan jentolak. Melayu menjadi bangsa yang sangat hina, bangsat dan merempat. Ia dilakukan oleh anak kepada Lim Kit Siang ( yang gagal pada 13 Mei 1969 ).

Seakan akan kita khasnya Pemuda UMNO yang pernah bangkit mempertahankan maruah satu masa dahulu menjadi beku, tiada perasaan. Sangat malu untuk menggunakan perkataan dayus tetapi itulah hakikatnya.

Malangnya penghinaan dahsyat ini berlaku di bumi bapa mertua kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Semacam sengaja pulak Lim Guan Eng dan DAP melakukan penghinaan ini. Seperti mahu menebus maruah bapanya yang gagal di Kuala Lumpur dan Selangor.

Saya cuba juga untuk berlaku adil. Mungkin Khairy menyerahkan segala perjuangan ini kepada Pemuda Negeri, tapi kita tidak nampak ada Pemuda Negeri yang menghalang pengusiran Umat Melayu ini.

Kita belum berbincang tentang Kalimah ALLAH, tentang Giat Mara yang mahu ditutup. Semuanya Melayu. Saya percaya perkara ini bukan berlaku secara semula jadi. Umat Melayu dan Islam sedang dihina sehina hinanya. Hilang maruah dan harga diri.

Sampai sekarang, saya amat jelas, Pemuda UMNO hanya pejuang yang gagal dan kosong !





5 comments:

  1. Inilah kesan Melayu berpecah belah. Hilang rasa berani, kalau berkeras takut jadi berkelahi sesama sendiri. Saya orang Pulau Pinang, saya tahu masalah yang berlaku. Dah lah jadi minoriti, berpecah pulak macam macam kumpulan .Saya tak nampak peluang untuk pertahan orang Melayu di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  2. Pemuda kena ada roh perjuangan. Jangan nak tunjuk ideal, orang tak respek pun. Aku heran Khairy ni. Dia asyik rasa dia Menteri, dia tak rasakah dia tu Ketua Pemuda ?

    ReplyDelete
  3. Elok tak usah harap apa apa. Inikan 1 Malaysia. Kita mesti ada jiwa memberi dan menerima. Baguslah, Melayu Pulau Pinang dan berikan undi dan kasih sayang kepada DAP, sekarang terimalah pembalasannya

    ReplyDelete
  4. Pemuda UMNO akan bertungkus lumus memberi amaran !

    ReplyDelete
  5. Hari ini Pemuda telah memulakan. Tahniah

    ReplyDelete