Negarawan

Negarawan

Sunday, 29 December 2013

RM 3.75 BILLION BUKAN JUMLAH YANG KECIL


Saya suka cara begini dilakukan. Letakkan sesuatu di tempat yang betul dan tepat. Biarkan para pegawai yang membuat pengumuman . Jika Datuk Seri Hishamuddin seorang yang percaya kepada pendekatan populis, pasti beliau sendiri akan menyampaikan berita besar ini.


Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ( JHEV )Angkatan Tentera Malaysia, Datuk Mohd Noor Daud mengumumkan Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM 3.75 b untuk menjaga kebajikan bekas tentera untuk tahun 2013.

Ini termasuk peruntukan persaraan dan perubatan bekas bekas tentera.
Perincian peruntukan adalah seperti berikut :-

1. Faedah persaraan                              RM 1.9 b
2. Kemudahan rawatan                         RM  56 juta
3. Pengurusan jenazah                          RM  2.3 juta
4. Sumbangan balu                                 RM   84 juta
5. Imbuhan sara hidup                           RM   7 juta
6. Bantuan persekolahan                       RM  1 juta
7. Sumbangan sambung belajar           RM  6.4 juta
8. Peralatan perubatan                          RM  250,000

Ini sebahagian daripada petanda keperihatinan kerajaan kepada bekas tentera kita yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair.

Ada banyak lagi yang telah dan akan terus dilakukan. Kadangkala saya fikir perkara begini perlu didedahkan kepada umum bagi menjawab pelbagai fitnah dan tohmahan.

Perkara perkara beginilah yang samada disedari atau tidak telah membolehkan kerajaan UMNO/BN terus bertahan.


Saya berasa kagum kepada DS Hishamuddin, tanpa banyak bercakap dan bermedia, beliau telah berjaya melakukan sesuatu yang amat baik. Secara kemanusiaan membantu bekas tentera dan keluarga mereka dan secara politik telah mengangkat imej Kerajaan UMNO/ BN.


4 comments:

  1. Salam Bro,
    Tahniah. Aku memang suka orang yang bercakap sesuatu yang baik. Buat apa kita cerita buruk orang. Aku rasa kerajaan memang buat macam macam untuk rakyat, bukan tentera saja. Dedahkan benda benda ni, biar rakyat tahu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada pihak berwajib. Saya salah seorang yang dapat manfaat kerana saya adalah anak bekas tentera.
    Selepas mendapat 8 A dalam PMR, saya menerima 800 setahun di Tingkatan 4 dan 5. Banyak ringannya keluarga saya, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Banyak yang kerajaan telah lakukan tetapi kebanyakannya tidak diwar warkan. Sebab itu selepas ini apa saja yang dibuat perlu dibuat hebahan.

    ReplyDelete
  4. Aku nak ucap terima kasih pada Menteri Pertahanan. Dalam banyak orang sedang marah dan kecewa dengan kerajaan dia buat benda yang sedikit sebanyak melegakan. Tak dapat kat semua orangpun dapat kat sebahagian orang, alhamdulillah. Aku tak terlibat tapi suka juga dengar orang senang.

    ReplyDelete