Negarawan
Sunday, 22 December 2013
TONY PUA SAKIT HATI MEMBACA CERITA INI !
Satu ketika DAP pernah menyarankan keanggotaan Angkatan Tentera Malaysia dikurangkan. Kali kedua DAP mencadangkan agar istilah MELAYU pada Askar Melayu Di Raja ditiadakan sebagai menghormati konsep 1 Malaysia.
Sebenarnya DAP tahu dengan pasti, Pasukan Tentera Malaysia adalah aset kerajaan yang amat berharga. Ketaatan mereka kepada Yang DiPertuan Agung tiada siapapun boleh nafikan. Ini bermakna tiada cara lain bagi menggantikan kerajaan selain demokrasi.
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan sesuatu yang mungkin menambahkan luka DAP!
Baca di sini...
Tentera bukan parti politik. Mereka kakitangan kerajaan yang setia berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Mereka tidak akan terganggu dengan tohmah dan retorik politik.
Mereka berada di mana mana medan mereka diperlukan. Saya dengar mereka amat cemerlang dalam membantu mangsa banjir baru baru ini. Dan saya amat yakin mereka akan terus cemerlang di bawah pemimpin yang menghargai mereka.
Dalam masa yang sama, sekalung tahniah kita ucapkan kepada YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Pertahanan kerana kejayaannya memimpin pasukan yang amat penting ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rasanya statement terakhir tu kurang tepat. Selama ni pun DS Hishamuddin byk abiskan masa dgn Kem. Pengangkutan. Kepimpinan tertinggi ATM yg harus dipuji atas kejayaan ATM ini samada Darat, Laut maupun Udara.
ReplyDeleteSaya rasa masing masing ada peranan. Masa banjir baru baru ini, kita tahu DS Hishamuddin telah memberikan pelbagai arahan kepada ATM. Kepimpinan ATM pun amat berkesan. Inkilah yang baiknya, saling membantu dan menghormati. Rakyat menerima kesan baiknya...
ReplyDeleteMalaun pembangkang juga ramai berkokok jgn beli heli EC725 sebab mahal, bla3... sekarang baru terbukti. Tatra mmg among the best truck, diakui..
ReplyDelete