Negarawan

Negarawan

Sunday, 8 December 2013

LEMBEK DARI KATIL HOSPITAL...


Semalam perhimpunan terbesar UMNO bagi tahun 2013 telah berakhir. Rata rata bersetuju bahawa ada peningkatan dalam banyak perkara berlaku. Pengurusan persidangan, kemudahan bagi petugas media dan layanan kepada pemerhati juga dikatakan antara yang terbaik setakat ini.

Satu perkara lagi ialah kualiti pembahas dan isi perbahasan mereka. Boleh dikatakan perbahasan kali ini lebih serius dan para pembahas berani mengemukakan isu isu yang selama ini menjadi bebanan kepada rakyat. Sekurang kurangnya budaya ampu dan bodek telah semakin terhakis.

Di sebalik kejayaan ini, UMNO sewajarnya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi JK Usul yang bertungkus lumus membuat perancangan dan persediaan yang amat rapi sehingga hasilnya dapat kita lihat.

Agak malang, orang yang mengepalai usaha ini iaitu DS Hishamuddin Tun Hussein tidak dapat bersama menyaksikan hasil usahanya dijayakan oleh para pembahas. 
Kita semua maklum beliau terpaksa berada di hospital kerana masalah jantung dan berada di bawah pemerhatian doktor.

Sesuatu yang tidak dihebahkan tetapi menarik untuk kita jadikan renungan ialah DS Hishamuddin selaku Menteri Pertahanan rupanya tidak bercuti sama sekali. Beliau telah mengarahkan agar segala kekuatan dan kemudahan yang Angkatan Tentera kita ada digerakkan sepenuhnya bagi membantu mangsa banjir di negeri negeri yang dilanda musibah ini.



2129 anggota
58 bot
13 trak TATRA ( 7 tan )
16 trak ( 3 tan )
1 ambulans medan
8 helikopter
24 pasukan perubatan

Di samping kekuatan yang dinyatakan di atas, sebuah jambatan telah sedia untuk dipasang oleh Kor Jurutera, ATM bagi merentangi Sungai Limbungan bagi menggantikan jambatan sedia ada yang runtuh.

Hishamuddin juga diberitakan telah mengarahkan timbalannya, Datuk Abdul Rahim Bakri untuk turun ke lapangan bagi memantau keadaan dan melaksanakan sebarang tindakan segera yang perlu.

Saya bukan pentaksub Hishamuddin, cuma sesekali saya ingin bertanya penggelar, pemfitnah dan siapa juga yang sebelum ini menggelar Hishamuddin dengan pelbagai gelaran yang melukakan hati, jika ' kita 'berada dalam kedudukan Hishamuddin sekarang, adakah kita MAMPU BERKHIDMAT sepertinya...?

                                                         

17 comments:

  1. Bukan semua orang termakan dengan tohmahan dan fitnah. Ahli UMNO telah matang. Kami menilai perkhidmatan yang diberi. Setakat ini kami dapati Datuk Hisham memang pemimpin yang gigih.

    ReplyDelete
  2. kuat berkerja sampai sakit...

    ReplyDelete
  3. Ini pemimpin masa depan. Jangan peduluk apa orang kata. Umno ni kadang kadang kuat benar dengkinya .

    ReplyDelete
  4. Ini antara faktor mengapa DAP mahu Tentera Melayu dibubarkan. Taat setia mereka kepada pemerintah tidak berbelah bahagi.

    ReplyDelete
  5. Hishamuddin memang sesuai jadi Menteri Pertahanan. Darah ayahnya masih mengalir dalam tubuhnya. Darah bekas Pegawai Tentera.

    ReplyDelete
  6. Aku memang tak setuju perbuatan menggelar pemimpin dengan gelaran yang buruk. Ini sebenarnya bagi modai kat pembangkang. Lagipun aku sendiri tak nampak di mana lembeknya Hishamuddin.

    ReplyDelete
  7. Mali baca pasat orang Melayu yang manyak sembang siang malam lalu bertukar jadi pondan di sini ma... http://anakhalon.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni mana ada orang bercakap dah. Matlamat mereka nak jatuhkan Hishamuddin dari landskap politik UMNO. Nyata mereka gagal !

    ReplyDelete
  9. Aku peghatikanlah, ada pemimpin UMNO ni dia hanya hebat bila boleh ke depan, orang bersorak. Kerja belakang tabir ni payah sikit. Aku mintak Datuk Menteri askar ni usah terpedaya dengan sorak sorai. Buat kerja, Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  10. Keluarga saya antara mangsa banjir di Pahang. Terima kasih kepada angkatan tentera yang menghulurkan bantuan. Orang yang mengalami lebih tahu dan faham apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  11. Inilah Malaysia...susah senang dihadapi bersama.

    ReplyDelete
  12. Kepada mangsa banjir, tabahlah. Ini ujuan Allah

    ReplyDelete
  13. Keupayaan sebenar Hishamuddin semakin terserlah !

    ReplyDelete
  14. Baguslah. Berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk nama sendiri. Sampai masa Tuhan akan balas dengan kebaikan..

    ReplyDelete
  15. Sekarang Datuk Hisham senyap. Pergi mana dia ?

    ReplyDelete
  16. Ada kemungkinan gelombang kedua banjir akan berlaku. Harap ATM bersedia kerana pada gelombang pertama ATM dikatakan paling berkesan menolong mangsa.

    ReplyDelete
  17. Sekarang kita tadak dengar lagi kutuk kutuk. Apa pasai ? Pasai itu lawan sudah abis ! Kah ! Kah ! Kah ! Ini olang tadak pandai punya keleja maaa...

    ReplyDelete