Saya pasti . Tanda tandanya telah mula kelihatan.
1. Datuk Seri ( DS ) Najib tidak peduli. Walaupun di mulutnya sentiasa menyebut rakyat di hatinya namun hakikatnya DS Najib tidak peduli perasaan rakyat. Rakyat sedang kecewa, marah dan akhirnya akan hilang kepercayaan kepada kerajaan.
Kenaikan harga barang, kenaikan tarif elektrik dan terbaru kenaikan kadar tol. Semua ini adalah beban berat yang dipaksakan ke atas rakyat.
Sangat memualkan bila justifikasi begini diberikan, ' Tidak adil untuk terus memberikan subsidi sedangkan orang luar bandar tidak menggunakan lebuhraya'.
Mari kita bercakap di luar kebijaksanaan ekonomi. Orang luar bandar umumnya orang tua. Anak anak mereka bekerja di bandar. Bila kadar tol naik, mereka pasti terjejas. Jika sebelum ini mereka balik ke kampung menjenguk ibu bapa 3 kali setahun, kini mereka terpaksa balik sekali setahun.
Kenderaan perdagangan akan melalui tol. Apabila kadar tol naik 10 sen sekilometer ( katakan ), mereka akan naikkan harga beras 50 sen sekilogram. Begitu juga barangan lain. Tidakkan nanti orang kampung juga terjejas.
2. Sejak memegang tampuk kuasa, orang ramai bercakap tentang kuasa orang orang sekeliling yang amat DS kasihi. Rosmah Mansur, Omar Ong,Khalid Mohd, Sahlan Ismail dan ramai lagi. Mereka ( sekurang kurangnya ) dilihat amat berkuasa. Bayangkan jika Rosmah mempunyai bajetnya sendiri ?
Khalid Mohd, Sahlan Ismail dikaitkan dengan manipulasi peruntukan pilihanraya yang sangat besar sedangkan kualiti penyampaian tidak sehebat mana. Omar Ong menguasai Petronas sehingga Tun Mahathir terkilan dan meletak jawatan. Semua ini bukan tidak benar tetapi inilah persepsinya.
3. Pemilihan calon PRU 13. Saya fikir UMNO bertahan bukan kerana rakyat mahukan UMNO. Tetapi umat Melayu ' takut ' kepada pembangkang. Ketakutan ini tak kan kekal. Percayalah, bila Umat Melayu rasa berada di bawah UMNO bukan lagi ' selamat ' maka Umat Melayu akan mencari payung lain.
Nampaknya pembangkang amat bijak mengangguk di air keruh. Mereka datang menawarkan ubat sewaktu rakyat sedang derita kesakitan.
4. DS gagal meletakkan UMNO di atas landasan yang tepat. UMNO silap fokus. Bila UMNO memilih untuk menjadi popular dan populariti ini pula
' tersandar ' di bahu seseorang, saya fikir UMNO hanya syok sendiri.
Untuk pengetahuan DS, DAP sedang mara. Mereka memindahkan pengundi. Mereka mendaftar pengundi baru termasuk anak Melayu.
Jangan lupa DS, Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang adalah seorang anak gadis jelita Melayu yang bijaksana.
Maafkan saya DS. Kita telah sampai ke penghujung 2013. Saya ingin katakan DS telah gagal memilih pegawai dan penasihat. Oleh sebab itu, DS sentiasa gagal memahami perasaan sebenar rakyat terbanyak. Penasihat dan pegawai DS sentiasa ' menghidangkan wangi wangian sedangkan sebenarnya ada racun yang tersembunyi '.
DS, saya ingin bercakap benar, saya fikir jika keadaan tidak dikawal, sejarah Pak Lah mungkin akan berulang.
Tidakkah Dyana ini menjadi ancaman kepada UMNO ?
Sebenarnya Najib tak kisah. Dia rasa macam orang Melayu tak berani berubah sampai bila bila. Inilah penyakitnya. Aku percaya, tunggulah. Segalanya akan berkubur.
ReplyDeleteBosan dah dengan Najib. Banyak retorik. Sorry..
ReplyDeletePak Lah dah tumbang. Berbaloi kerana menantu, Najibpun berbaloi kerana isteri yang dikasihi.
ReplyDeleteSaya fikir Najib perlukan masa dan maklumat yang tepat. Maklumat palsu yang diterima akan menyebabkan Najib ,mengambil langkah yang tidak menguntungkan.
ReplyDeleteMaklumat apa kejadah yang najib nak lagi...ataupun Najib memang tidur lebih nenyak dari Paklah selama ini.Aku sudah hilang keyakinan terhadap Najib untuk mengemudi UMNO dan negara ketahap gemilang Najib Tak Boleh!
DeleteBetul ke slogan `merasai denyut nadi rakyat` dilaksankan.....................
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888